Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “1515” as Want to Read:
1515
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

1515

4.31  ·  Rating Details ·  554 Ratings  ·  66 Reviews
1515
Melanggar Melaka? Portugis menempah maut!
1515
tarikh keramat bagi bangsa Melayu, bukannya untuk benggali putih. Alfonso de Albuquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan darah puluhan ribu manusia di Ormuz dan Goa, akhirnya bertemu ajal
di hujung pedang srikandi Melaka.

Nyemah, Tun Nyemah Mulya, perawan usia 15 panglima laksamana Melaka---luar biasa handal, licik, pe
...more
Paperback, 4th edition (2003 - 2010), 312 pages
Published 2010 by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (first published May 28th 2003)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about 1515, please sign up.

Popular Answered Questions

Amin H Rasanya dah tak dicetak lagi. Cuba singgah MPH Midvalley, kali terakhir tengok kat rak novel melayu (dua bulan lepas) masih ada satu 1515 dan Advancer…moreRasanya dah tak dicetak lagi. Cuba singgah MPH Midvalley, kali terakhir tengok kat rak novel melayu (dua bulan lepas) masih ada satu 1515 dan Advancer Si Peniup Ney. Kondisi masih elok.(less)

Community Reviews

(showing 1-30)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin
Aug 14, 2012 Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin rated it it was amazing
Shelves: loike
Beberapa jam sebelum berangkat ke Batu Pahat sempena lebaran, saya berkenan mengulas novel yang provokatif ini.

1. Penceritaan

Penulis bijak menggunakan ketiga-tiga sudut pandang dalam satu cerita. Nama-nama yang sama untuk watak yang berbeza memang menyusahkan kalau pembaca malas berfikir. Plot juga sangat menarik dan memaksa saya menyelak kembali halaman yang sudah dibaca. Saya tahu penulis memang suka 'membebankan' minda pembacanya.

Saya juga kagum dengan kemahiran penulis memaparkan latar tempa
...more
Muhamad Fahmi
Dec 15, 2014 Muhamad Fahmi rated it it was amazing
1515

Bagi aku, orang yang baru nak bertatih dalam membaca karya2 sastera, anggap ini buku yang terbaik pernah aku baca dan buku ini punya auranya yang tersendiri.

Bahasa penceritaan yang sungguh mantap, klasik dengan peribahasa2 dan bidalan2 yang pertama kali aku dengar.

Dr Faisal Tehrani memaksa aku berfikir dengan mendalam dan secara kritis melalui cerita yang ala2 'zig-zag', sambil membuatkan kita menjelajah ke zaman kegemilangan Melaka (menimbulkan persoalan apakah penulis telah pinjam mesin ma
...more
Nazirah Ashari
Karya terbaik Faisal Tehrani, pada hemat saya. Dan salah satu karya sastera terbaik yang pernah saya baca. Harus dialih bahasa. Dunia harus kenal dan tahu bakat dan keginiusan penulis hebat ini.

Oh, dan Nyemah Mulia? Itu karakter bertaraf ikon.
Syuhadaa
3.5*

(Ah, karya ini sudah diterbitkan sejak tahun 2003 lagi, kini sudah tahun 2015 baru aku berkesempatan membacanya!)

Jujur, sepanjang aku membaca novel ini, aku merasakan Nyemah Mulya ni macam betul-betul wujud je. Ini pertama kali aku membaca dengan kepercayaan yang si watak benar-benar wujud dalam kehidupan sebenar. Tapi Nyemah Mulya ni cuma fiksyen, bukan? Tidak dinafikan ada juga sebenarnya blog-blog yang mengkaji kewujudan Nyemah Mulya ni. Cuma aku terlalu ingin menghabiskan novel ini, maka
...more
Amin H
Sep 03, 2009 Amin H rated it it was amazing
Shelves: favorites
pengajarannya, kita perlu mengetahui sejarah. sejarawan menulis sejarah dan kita mempercayainya. bagaimana kalau sejarah itu digelapkan, disorok dalam lipatan sejarah, maka sejarah telah pun diubah.

mungkin itulah yang dimaksudkan mengubah sejarah pada awal 1515.

saya mati-mati percaya, melaka pernah menakluk lisbon.

:)

bayangkan, 400 tahun akan datang, segala catatan sejarah malaysia telah lesap. kemudian seorang sejarawan muncul dan berkata dahulunya kerajaan malaysia merupakan salah satu kuasa ko
...more
Faizah Azaman
Aug 23, 2010 Faizah Azaman rated it it was amazing
Tun Nyemah Mulya yang memimpin armada tentera Melaka dan menawan Portugal. Sosok dara yang mentaati agama dan licik dengan makar dalam peperangan dilahirkan pada saat lailatul qadar. 1515 kisah rakyat mempertahan tanah dan air, kisah Islam yang terkandung di dalamnya kepatuhan kepada Tuhan, patriotisme, demokrasi, saksama, pelajari sirah dan selidik setiap perkhabaran yang datang. Barangkali, sejarah yang disuguhkan adalah 'tabir' yang menghijab hakikat dan kebenaran. Sejarah telah digelapkan!
cikyah75
Jun 28, 2010 cikyah75 rated it it was amazing
As an English teacher, reading good Malay novels is my my way to unwind and this piece has definitely helped- like all Faisal Tehrani's. A must-read for all Malay history lovers. A point to ponder- "What if the Portuguese did not come to Malacca?"
Aini
Aug 07, 2013 Aini rated it it was amazing
buku begini sangat menepati selera aku. rasa puas sangat bila habis baca. kehadiran individu berbeza dengan nama yang sama membuat pembaca memerah otak untuk memadankan individu dengan ciri-cirinya. latar masanya yang berserabut menyebabkan aku terpaksa menyelak kembali helaian muka surat yang telah dibaca bagi memastikan kelancaran cerita. penulis sengaja menghadiahkan pembaca dengan pelbagai persoalan. tapi dengan hadiah inilah membuatkan aku bertungkus lumus untuk memahamkannya. membuatkan ak ...more
Nuur Syahidah
Jun 23, 2016 Nuur Syahidah rated it it was amazing
Entah kenapa, kuat mengatakan bahawa sesungguhnya kejatuhan kerajaan Melaka sangat bersangkut paut pada tingkah Raja dan pembesar masa itu. Jika Iraq itu di datangkan Monggol oleh Allah, Melaka pula di langgar benggali putih sai portugis. Tragis. Buku ini sebenarnya adalah penceritaan akan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku jika Melaka menang dan kalah. Cerita yang mengangkat kepahlawanan si gadis 'mentah' seperti yang di gelar pembesar Sultan Mahmud. Nyemah yang boleh dikira wali la kot sebab ...more
Abdul Hafidz
Apr 23, 2014 Abdul Hafidz rated it really liked it
Pencarian diri telah membawa saya ke sesi melawat semula 1515 dalam usaha mencari kaitan dengan pernyataan sejarahwan bukan aliran perdana; berkenaan struktur ekonomi, sosial dan teknologi era penghujung kehebatan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, sebelum Empayar Johor Riau pimpinan Raja Ali mengambil alih kegemilangan. Antara yang menarik ialah pelbagai kosa kata dan peribahasa / perumpamaan zaman silam. Penceritaan yang baik namun saya belum jumpa apa yang saya cari.
Tuah Sujana
Apr 22, 2011 Tuah Sujana rated it really liked it
Shelves: fiksyen
Semangat oksidentalisme tercurah sepenuhnya di sini. Genggam bara seorang wanita Muslimah Melayu, Nyemah Mulya mengapungkan cita-cita betapa Melayu bukan bangsa mundur yang patut dinyahkan. Imperialislah yang wajar dihapuskan. Begitu pasak dan makar seorang wanita. Dan Nyemah Mulya, ya, berapa orang Nyemah Mulya dalam novel ini? Benarkah figuranya wujud di alam nyata?
Syed Mohammad Daniel al-Habsyi
Apr 15, 2016 Syed Mohammad Daniel al-Habsyi rated it it was amazing
Shelves: fiction
Tun Nyemah Mulya, seorang srikandi Melayu menentang Portugis? Nama watak ini sudah cukup untuk menggambarkan kehebatan karya ini.
TemBOOK Malaya
Dec 27, 2016 TemBOOK Malaya rated it really liked it
sebuah karya yang mampu membuatkan aku tergamam dan terfikir bahawa bangsa ini bukan calang-calang bangsa tapi ianya telah hilang ditutup oleh sejarahnya sendiri.
Yazlina Saduri
Jan 16, 2017 Yazlina Saduri rated it it was amazing
My first Faisal Tehrani's. Rasa sangat teruja untuk baca dan terus baca sebaik saja bermula. Perlu segera tahu apa yang akan terjadi. Bait kata yang digunakan jitu dan menakjubkan. Perumpamaan, peribahasa, ungkapan tahap giga sastera bagi saya yang terasa lebih dengkel tahap kemahiran menulis apalagi memahami Bahasa Melayu. Semua terpaksa diterjah dengan sekali-sekala rujuk juga footnote yang tersedia. Mahu laju membaca untuk tahu apa akan jadi.

Adegan kombat perang si Benggali putih ke atas Mel
...more
Basma Hashem
Feb 18, 2015 Basma Hashem rated it it was amazing
tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 kategori Novel Remaja

segala tentang Kesultanan Melayu Melaka merupakan sesuatu yang muluk buat saya. sejarah lalu yang selalu kita mahu kedepankan dek kerana kehebatan dan kemahsyurannya.
dalam masa yang sama semua peradaban akan ada jatuh bangunnya, kerana ketika terbangunnya sebuah negara yang sejahtera saksama dan berjaya akan muncul pula pesaing yang mahu menjatuhkan dan mengacah kekuatan mereka.
1515 merupakan suatu penceritaan semula sejarah
...more
Norafatin Idayu
Jun 05, 2014 Norafatin Idayu rated it it was amazing
Saya berasa kagum dengan karya-karya Faisal Tehrani. Beliau ternyata seorang penulis yang sangat hebat.

Nyemah. Tokoh perjuang yang tidak pernah saya dengar sebelum ini, telah membuat saya berfikir,

'Sebenarnya, adakah tokoh pejuang yang sehebat ini wujud di Melaka pada zaman dulu?'
'Hebatnya wanita ini sehingga pada suatu ketika telah menakluk Portugal atas nama juang dan jihad.'
'Seorang wanita yang sangat perkasa dan berani berjihad demi agama dan negara."
'Sungguh haru apabila srikandi ini dibu
...more
Ida Abdullah
Aug 16, 2008 Ida Abdullah rated it really liked it
Recommends it for: everybody
Recommended to Ida by: By Accident
Tajuk novel yang sangat menarik. Entahlah, kenapa sejak kebelakangan ini buku2 yang mengandungi nombor menarik perhatian saya. Selain itu, watak Nyemah Mulya juga sangat misterius. Adakah beliau hanya rekaan semata-mata atau sememangnya wujud? Wujud, menunggu penulis seperti FT mewar-warkan pada kita. Sebuah kisah sejarah yang tidak membosankan, malah, saya merasa seolah-olah hidup dalam zaman Nyemah memerangi orang2 asing. Mungkin saja belia seorang wanita maka itu saya sangat terkesan sekali.L ...more
Abrar Shafie
Oct 10, 2012 Abrar Shafie rated it it was amazing
pertama kali baca buku ni, tak faham. kenapa ceritanya berbelit-belit? bosan? tak menarik? ketika itu saya baru berjinak-jinak mahu membaca novel yang tebal-tebal, dan masih berusia 13 tahun. 3,4 tahun kemudian, saya tekad untuk membaca semula buku ini setelah mengenal karya faisal tehrani yang lain yang ternyata hebat-hebat belaka. masakan novel yang ini tidak hebat pula?

maka bermulalah pembacaan kedua. dan bagi saya ini adalah antara novelnya yang terbaik. susunan penceritaan yang, er, unik, w
...more
Naim AlKalantani
Jun 27, 2014 Naim AlKalantani rated it it was amazing
Kau pernah baca buku setebal 312 muka surat; tapi kau baru baca muka surat 10, kau akan cakap "whaaaaatttt???!!!!". Cubalah Faisal Tehrani. Ini buku ke 6 dia aku baca. Next; 1511H [Kombat].

Aku telah dipesongkan sejarah oleh Faisal Tehrani melalui novel 1515 ini.

Betul kata Dr. Muhaimin Sulam masa aku jumpa beliau "novel Faisal Tehrani sangat memberi kesan".

No wonder la 1515 ni menjadi bahan teks komponen sastera di German.

Dalam talk ITBM Sofa Putih: Resensi Buku Perempuan Nan Bercinta; Dr. Fais
...more
Kast
Dec 16, 2010 Kast rated it it was amazing
membacanya membuatkan melaka dekat dihati ,terasa begitu dingin selat melaka disubuh hari ,terasa melaka begitu maju , terasa sangat dukacita saat jatuhnya melaka dan terasa amat berbesar hati dan memanjatkan kepada Ilahi Kesyukuran terbebasnya serangan ferringgi .

masih segar dalam ingatan ketika berada di kediaman prof Nyemah mulya ,meminum secangkir teh , keredupan suasana belakang berandanya dengan kesemarakan perpohonan heliconia ...

ianya membuatkan aku tertipu antara fiksyen dan realiti ...
Theplain
Aug 04, 2014 Theplain rated it really liked it
i remember reading this piece in 2006, when i'm in form 2. oh Allah, i really love nyemah mulya character. the name itself is really unique and strong. it is like reciting the history of malacca in the eye of this strong faith women. i dont really remember the storyline, but nyemah mulya is a kind of women that never give up with her mission to free the malacca people from inner and outside 'penjajahan' (*sorry i just can't think the english word for that).

when i have a daughter, i want to named
...more
Ema
Oct 25, 2015 Ema rated it it was ok  ·  review of another edition
Aku minat faisal tehrani. Tapi novel ni seperti ada sesuatu yang hilang. Aku bagi 2 bintang sebab dia berani mencipta fiksyen yang buat orang percaya.

Aku rasa macam ada typing error. Nyemah yang dulu handal bersilat, boleh panggil jin bagai tiba2 jadi hamba. Kemudian dibeli dengan begitu mudah dan dilepaskan oleh King Manuel.

Lepas tu balik ke melaka dan dibunuh sultan. Kat situlah kurang aku minat. Dan ditambah watak fimiyun yang tak berapa penting dan samar2 je pendiriannya.
Juliana Es
Nov 22, 2007 Juliana Es rated it it was amazing
Recommends it for: semua dan sesiapa sahaja
Faisal Tehrani memang berani memperkenalkan bukan sahaja tema dan persoalan baru, malahan gaya penulisan sangat berbeza juga. Novel ini ditulis dalam susunan yang tidak teratur. Pun demikian, tidaklah membuatkan saya pening membacanya, malahan seronok dan berkobar-kobar pula. Susah hendak melepaskan buku ini apabila telah mula membacanya.

Novel epik sejarah yang "outstanding". Adikarya FT yang mesti dimiliki!
Faizah Roslaini
Saya memang sukakan novel ini. Bila baca memang puas hati. Kenapa ye? Novel ini punya sesuatu yang tidak ada pada novel novel lain. Ye. Itu sudah semestinya. Saya suka benar dengan karakter Nyemah - selepas membaca saya seperti punya suatu rasa berkobar-kobar. Rupa-rupanya Melayu begitu agung satu masa dahulu. If only we could turn back time.
Pie Mesnan
Oct 21, 2012 Pie Mesnan rated it really liked it
Shelves: faisal-tehrani
sebuah karya faisal tehrani yg menarik..dimana sejarah 1511 dikupas kmbali dgn menyedarkan pemrintah yg lalai akan jatuhkan sebuab negara atau empayar..ditimbulkan pula watak fiksyen Nyemah perawan yg hebat n gagah perkasa yg boleh mjatuhkn portugis di zaman itu..moral of story yg mnarik..penuh puitis dan bahasa melayu lama yg diagungkan..
Izzatimare
Feb 11, 2015 Izzatimare rated it really liked it
Faisal Tehrani memang tak pernah mengecewakan saya. Dalam buku 1515 ini, saya mengenali susuk Nyemah Mulya, srikandi Melaka yang tak gentar melawan kejamnya Portugis. Walaupun berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu, ada terselit peringatan dari sang penulis untuk kita berhati-hati dengan anasir-anasir luar agar sejarah yang sama tidak berulang.
Cik Ezke
Nov 29, 2011 Cik Ezke rated it it was amazing
terbaik sememangnya daripada Faisal Tehrani. Karya yang penuh kreatif dan punyai identiti hanya milik FT. Melaka sejarah yang agung. Penuh pengalaman manis antara realiti dan fantasi penulis. Perlu dibaca. Nyemah Mulia. Watak yang dibina punyai kekuatan dan bisa menjentik akal pembaca budiman.
Tasneem
Sep 26, 2009 Tasneem is currently reading it
Cerita ini mengisahkan tentang negeri Melaka,Malaysia pada zaman kemerosotanya,diseleitkan banyak tentang unsur - unsur agama dan sangat membakar semangat diri sebagai seorang warganegara Malaysia dan juga sebagai seorang Islam.
ninotaziz ninotaziz
Apr 25, 2011 ninotaziz ninotaziz rated it it was amazing
Shelves: malaysiana
I could not put this book down. For three days I reread 1515 again and again. A tour de force of the Malay world and forces that pursued it, only to have its wrath upon them centuries later.

Deeply intoxicating.
Nadia Bidrus
Aug 04, 2016 Nadia Bidrus rated it it was amazing
1515
Semua perempuan Melayu Islam seharusnya jadi seperti Nyemah Mulya yang berjuang habis-habisan menegakkan maruah dan bukan hanya sibuk mencari "bakal imam".
Lebih 5 kali aku menelaah buku ni.
Kalaulah novel ini kisah benar, aku teringin kembali ke zaman itu walaupun dalam mimpi.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • Jibam
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Imam
  • Salina
  • Pei Pan
  • Ranjau Sepanjang Jalan
  • Naratif Ogonshoto
  • Merantau Ke Deli
  • Seorang Tua di Kaki Gunung
  • Hero
  • Isabella
513758
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Mal
...more
More about Faisal Tehrani...

Share This Book



No trivia or quizzes yet. Add some now »