Perempuan Nan Bercinta
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating

Perempuan Nan Bercinta

3.93 of 5 stars 3.93  ·  rating details  ·  135 ratings  ·  36 reviews
"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati."

Sejak 1515 dan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini.

"Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya 'menentang' yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya."
Sasterawan Negara Datuk (...more
First Edition, 410 pages
Published 2012 by Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (276206-D)
more details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Community Reviews

(showing 1-30 of 310)
filter  |  sort: default (?)  |  rating details
Syed Putra Iqmal al-Jamalullail
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan tajuk yang ringkas tetapi puitis dan ‘asing’, Faisal Tehrani sekali lagi telah berjaya mencuri perhatian para pembaca di luar sana dengan buah tangan terbarunya. Seperti Tengku Idora, saya juga tercari-cari, siapakah Perempuan Nan Bercinta yang dimaksudkan? Berbekalkan pesan dan sauh kata yang diulang-ulang oleh watak 'berhantu' Tengku Melor, sudah pasti rasa ingin tahu seorang pembaca seperti saya ditarik dengan lebih lagi.

Pada awal pembacaan, saya sangkakan baha...more
Luc Abdullah
Jul 13, 2012 Luc Abdullah added it
Shelves: malay, fiction
Ia menggunakan plot yang mudah tetapi sarat dengan pelbagai isu dari feminisme, Islam liberal, supramazhab, syiah dan sunni, perjuangan Hezbollah di Lubnan menentang Zionisme, haji mabrur dan kebejatan pihak berkuasa Mekah dalam mengurus jemaah haji, dan juga banyak berlingkar tentang ahlul bait dan peristiwa Karbala. Tidak lupa juga pada 4 persoalan Bastian yang menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam.

Bak kata Dr Ali Taqi, nama watak yang sama dalam Tuhan Manusia, "Tidak, saya tidak me...more
Ophan Bunjos
inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca. mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya. ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.

Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku. kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku-buku aku yang lain di rak. tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali. setan lu, Oph...more
Syaihan Syafiq
Membaca Perempuan Nan Bercinta (PNB) karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan. Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung (pada hemat aku). Seperti karya-karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya. Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum menga...more
Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin
Supramazhab. Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani.

Agaknyalah.

Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati. Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya. Beliau adalah seorang daripada dua; sama ada Mahdi yang menuangkan ubat (namun dianggap racun oleh sebahagian manusia) ataupun Dajjal yang mencampakkan racun (tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manus...more
Fariza

Keseluruhan:

Perempuan nan bercinta merupakan karya yang terlalu padat, terlalu sarat terkadang amat menyesakkan. Pembaca harus menyaring dan mengulang baca buku ini. Namun harus diingat bahawa karya ini tetap sahaja sebuah fiksi. Fiksi tetap fiksi. Mungkin ada fakta yang benar di mana kita harus kaji dan mungkin adalah rekaan penulis yang diilhamkan oleh tuhan juga untuk manusia berfikir.


Menarik:

"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mat...more
Norziati
Membaca Perempuan Nan Bercinta menimbulkan kepuasan pembacaan apabila Faisal Tehrani membawa pembaca tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan Mazhab yang begitu sensitif dalam masyarakat kita. Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang ditimbulkan tapi belum terjawab sepenuhnya. Novel ini seperti dijangka menimbullkan pebagai kontroversi dan kritik khususnya oleh agamawan. Oleh itu diharap akan wujudnya perbincangan yang lebih menjurus ke arah peningkatan ilmu dan hik...more
Päk  Läng
Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini. Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk-lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.

Perempuan Nan Bercinta; sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini. Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Id...more
A. Muziru Idham
Perempuan Nan Bercinta: Adab Dalam Berkhilaf Pendapat: http://amuziruidham.blogspot.com/2012...

(Sisi setuju saya mengenai PNB banyak. Tidak perlu untuk saya butirkan mengenainya sementelah sudah ramai yang mengulas pada sudut pandang sisi itu. Maka, artikel ini adalah luahan pada sedikit sisi ketidaksetujuan saya mengenainya.)

Mohd Faizin
Supramazhab. Buku ini tidak sesuai untuk homosektual kerana pasti mereka akan 'Naik Sheikh'
Helma Hassan
Perempuan Nan Bercinta merupakan sebuah karya yang menakjubkan. Untuk sebuah karya dijadikan medan bicara wacana tanpa menyisihkan nilai seni yang perlu dihidupkan bukanlah tugas yang mudah. Kandungannya diwarnai dengan wacana seberat liberalisme, feminisme, falsafah Islam, tasawwuf, Perennialisme, perjuangan Hizbullah dll. Namun daya penarik PNB yang sebenar ialah peranannya selaku buku mudah cara ‘mazhab ahli beit’ untuk khalayak pembaca yang begitu terasing sekali dari mazhab ini.

PNB bejaya (...more
Haryati Abd. Halim
Saya belajar banyak perkara.

1. Tentang perjuangan feminisme dan islam liberal juga.
2. Tentang perjuangan Hezbollah di Lubnan.
3. Tentang mazhab syiah secara khusus dan supra mazhab, mengkaji dan tidak mngikut secara taklid buta
4. Tentang Kemasukan islam ke Nusantara.
5. Saya ingin mencontohi perempuan nan bercinta seperti dalam al-quran. Siapa perempuan itu? Siti Hajar, Asiyah, Maryam, Khadijah
6. Sesetengah bab, saya bersetuju untuk tidak bersetuju tapi, ia tidak mencacatkan keselurahan buku ters...more
SK CintaZeni
This review has been hidden because it contains spoilers. To view it, click here.
Jiwa Rasa
sukar untuk mencatat tentang buku ini kerana ianya sangat berlainan dengan novel-novel sastera yang pernah kita baca.

Isu yang dijadikan wacana juga sangat sensitif buat dunia Melayu dan jarang dibincangkan secara ilmiah dan terbuka.

Saya setuju dengan pengarang, ini karya Faisal Tehrani yang paling provokatif, berani dan ambisius.
Shafaza Zara
Hampir semua orang yang aku kenal, baca buku ini - jadi aku mengambil pendekatan, ya, aku kena beli dan baca sendiri selepas membaca ulasan daripada Fadli Al-Akiti, Syaihan Syafiq dan beberapa nama lain.

Disebabkan aku takkan dapat mengulas macam mereka yang pakar dalam nahu & bahasa - aku cuma boleh katakan beberapa perkara :

1. Sila baca dengan minda terbuka. PNB adalah antara karya Faisal Tehrani yang kontroversi khabarnya (lebih kepada provokatif kalau mengikut kulit belakang).

2. Untuk m...more
Nur Suhada
Terdapat beberapa soalan menarik dan menuntut pencernaan serta penaakulan minda yang di ajukan oleh Bastian tetapi gagal dijawab oleh Tengku Idora. Antaranya;

i) Bagaimana mungkin Nabi Muhammad boleh diberikan status sebagai nabi akhir zaman sedangkan Nabi Isa alaihissalam dikatakan masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman nanti?

ii) Mengapakah ibu bapa Nabi Muhammad bukan beragama Islam termasuklah kesemua penjaga-penjaganya iaitu Datuk dan Pakcik nya? Oleh itu, sebagai bukan Islam, Bastian...more
Johan Radzi
Faisal Tehrani memang penulis yang superb, mencuba untuk membina jambatan antara fiksyen dengan wacana, cerita dengan fakta dan ilmiah. Barangkali penulis yang mencuba gaya ini masih tidak menyerlah di Malaysia kerana rata-rata pembaca Malaysia masih ralit dengan kisah cinta, unsur-unsur pop, dan majalah fesyen membalut kepala.

Buku kali ini jauh lebih baik dari Tuhan Manusia (walaupun ini sequelnya). Pemikiran Faisal kelihatan matang dan luas, menceburi dunia-dunia fikah islam yang kontroversi....more
Faten Kiminggo
Emosi dan jiwa saya bergelora kencang, hebat mengetahui butir-butir sejarah yang saya tidak pernah tahu, atau mungkin selama ini dirahsiakan oleh pihak tertentu atas alasan yang tertentu. Tetapi karya ini, karya Faisal Tehrani ini telah mengajak saya untuk lebih berfikiran terbuka, lebih toleransi dengan falsafah-falsafah ilmu yang wujud dan berlegar-legar menguliti manusia. Falsafah-falsafah Islami ini ternyata lebih indah, lebih mengujakan daripada falsafah-falsafah Barat. Bagi saya, novel sas...more
Muhammad Fakhruddin
Semahunya saya singkat ulasan ini kepada 1 ayat "Perempuan Nan Bercinta ialah pengakuan Faisal Tehrani."

Ini novel buat kita berfikir dan bukan sahaja rajin merujuk sumber-sumber yang disebut. Pertama, pembaca seeloknya telah membaca karyanya terdahulu seperti Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad untuk memahami keindahan teknik pengarangnya. Ada 1 kata kunci, Islam konseptual yang telah beliau jelaskan dalam Saasatul Ibaad (dan beliau menggunakan label ini ke atas Prof. SMN Al-Attas).

Hal-hal lain tel...more
Syah Hasnul
"Sepanjang sejarah kita, ada peribadi perempuan yang luar biasa di mana wajah mereka sentiasa jernih di langit pagi." (m/s 9)

"Benarlah Melayu juga ada cara kerja. Melayu tidak malas malas seperti yang dimitoskan." (m/s 14)

"Namun mengapa perlu melayan? Mengapakah dia perlu menjadi perempuan tipikal? Mengapakah dia harus bercinta?" (m/s 22)

"Lihat sahaja Surah al-Nisa' ayat pertama, surah perempuan dalam al-Quran, ada penjelasan mengenai kejadian Hawa. Tidak ada pandangan mengenai wanita itu dari t...more
Emily Iliani
Tergamam kerana terlalu banyak tempat yang habis kabur dengan menangis. Masih terlalu kaget untuk mengulas.
Aziff
There's something exciting about reading a book that has been recently banned by the Home Ministry. If anything, it has heightened interest surrounding Faisal T.'s novel that brings the discourse on Shia Islam to the table.

I stumbled upon this book during my research on Shi'ism and even had the opportunity to interview Faisal himself. Having said that, Perempuan Nan Bercinta is more of his essay/thesis on Shi'ism wrapped over a skeleton of a convenient story. In terms of story-telling, Faisal T....more
Ahmad Ardy
"Jeritan terus merebak, bersipongang dan menyala marak."

Tiada ragu lagi, bait terakhir di dalam novel Perempuan Nan Bercinta (PNB), menyimpulkan aura garang yang diadun dengan baik di dalam novel ini.

Novel terbaru karangan Faisal Tehrani ini bermula dengan amat menarik. Bermula dengan menayangkan kehidupan Tengku Idora, gadis metropolitan nan liberal merangkap pejuang hak asasi manusia, Faisal Tehrani mengajak pembaca ke dalam kamar pemikiran feminis liberal. Diselang-seli dengan perselisihan an...more
helmymuhammad
Seperti biasa, Faisal Musa/Tehrani mengekalkan teolog sepertimana dia selalu lakukan untuk novel sebelumnya. Barangkali novel ini adalah 'masterpiece' buat dia dan novel paling progresif untuk dia..Cuma aku ada kekeliruan sedikit tentang permasalahan mazhab atau fahaman kerana aku bukan ahli teologi dan aku kurang berminat memahami secara mendasar.. "Ada persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Sunni tapi dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan ada persoalan yang tidak dapat dijawap oleh Syiah tap...more
Elle Syeila
Buku ilmiah membuatku terfikir mengenai perbedaan mazhab dalam Islam. Perlukah berbedaan itu? atau kembali titik rujukan yang sama - Al-Quran itu sendiri.
Asal
Persoalan feminisme. Buku ini Saga dari sudut pemikiran dan wacana. Berat bagi mereka yang tidak bersedia. Lima bintang.
Zura
Saya ini orang tiada tahu. Pencerahan kreatif yang sangat disambut. Terima kasih Allah.
Wadi Ar
banyak benda aku kene kaji buku ni sampai mabuk mabuk aku baca
Cik Ezke
Naskhah berat yang padat...~faisal tehrani. penuh keterujaan-
Sarara
Tak macam baca novel, tapi macam baca kitab agama. Bagus.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 10 11 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
513758
FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Dr. Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

Mendapat pendidikan awal di SK Sacred Heart, kemudian di SK Jalan Datuk Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian (UPSR). Beliau kemudian menuntut...more
More about Faisal Tehrani...
1515 1511H [KOMBAT] Manikam Kalbu Tunggu Teduh Dulu Tuhan Manusia

Share This Book

“Kita ada Tuhan. Dalam banyak keadaan yang luar biasa dan mustahil pun, Tuhan pasti menolong.” 14 likes
More quotes…