Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “LICIK” as Want to Read:
LICIK
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

LICIK

by
3.66 of 5 stars 3.66  ·  rating details  ·  274 ratings  ·  59 reviews
Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali
...more
Paperback, 272 pages
Published April 2012 by Buku Fixi
more details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.
PECAH by Khairulnizam BakeriKELABU by Nadia KhanMURTAD by Hasrul RizwanZOMBIJAYA by Adib ZainiASRAMA by Muhammad Fatrim
Buku Fixi Terbaik
11th out of 55 books — 158 voters
KELABU by Nadia KhanASRAMA by Muhammad FatrimMURTAD by Hasrul RizwanKACAU by Ariff AdlyPECAH by Khairulnizam Bakeri
Senarai Buku Fixi
13th out of 69 books — 10 voters


More lists with this book...

Community Reviews

(showing 1-30 of 422)
filter  |  sort: default (?)  |  rating details
Afifah Nur.
Novel Fixi pertama yang saya baca. Satu sisi yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan bahan bacaan picisan kegemaran saya sebelum ini iaitu novel. Garapan dari Sham Hashim dan Julie Anne ini benar- benar berbeza daripada penulis novel biasa.
Jika anda seorang yang amat mementingkan laras bahasa yang betul, anda tidak digalakkan untuk membaca novel- novel Fixi.

Pada mulanya agak terkejut dengan isi dalam LICIK ini kerana sebelum ini dibiasakan dengan novel biasa yang mementingkan bahasa. Nove
...more
Luc Abdullah
Jul 08, 2012 Luc Abdullah added it
Shelves: malay, fiction
1. Beberapa kali berlaku kesilapan nama watak Alias pada watak-watak lain di dalam ini.

2. Aku cuma salah seorang yang menggemari penulisan "Show, don't tell." tetapi buku ini lebih kepada "Tell, don't show." yang menyebabkan ia lebih mirip kepada teks(bagi saya lah).

3. It was ok. It's quite good untuk novel pertama.

Kudos.
Amalia Masrom
LICIK.

Ini buku terakhir fixi yang aku rasa nak baca. Kenapa terakhir, sebab aku terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Katanya, buku ini membosankan. So, aku ambil keputusan untuk beli buku lain dan jadikan ini last choice. Dang!

Aku baca buku ni sehari. SEHARI! Sehari sebab jalan cerita yang menarik and aku tak leh nak stop sebab nak tau apa plan diorg and apa yang dorg dpt dari plan tu! Sedikit tersentuh bila Alias mati. Harta berjuta tu, tak mampu ganti seorang Alias. Pada akulah. Aku pun tak a
...more
Ophan Bunjos

akhirnya, ini kesempatan aku untuk menulisnya. tidak semua tapi sedikit yang aku pelajari dari hasilnya.

aku sedikit tertanya-tanya soal dendam, sebahagian besar dari buku ini dilampiaskan dari rasa dendam, dan kemudian dilindungi oleh rasa dan kata-kata mempertahankan tindakan secara halus. masa silam sangat kejam bagi setengah orang, setengah orang lagi menjadikannya sebagai satu proses keinsafan. jangan tanya soal insaf dalam buku ini, ini bukan buku agama yang dihamburkan dengan sedutan hadi
...more
Dayang Noor
Sungguh nostalgia bila membaca buku ini. Mungkin kerana saya membesar di tahun 80an (sekarang pun masih membesar lagi). Di zaman itu memang ada banyak 'cunning' characters dalam TV series dan juga filem. Pernah tengok TV series Remington Steele? Cerita tu pasal penyiasatan tapi watak Pierce Brosnan & Stephanie Zimbalist tu agak licik (bagi saya). Sama macam mini series 'If Tomorrow Comes' di mana heroin cerita tu kerap bertukar-tukar rupa dan stail rambut/mekap, menyamar pelbagai rupa (walau ...more
Gobokairina
Ini aku pinjam je daripada Ajib ngee~~ Thanks bro!

Prolog berjaya buat aku selak dan terus selak halaman belakang tetapi bila di tengah-tengah, ada rasa bosan menjengah. Memang seronok baca bagaimana ‘kerjasama’ antara Alias, Fira dan Sadik cuma ianya asyik diulang-ulang. Jadi sudah tahu rentaknya, yang walau bagaimana susah nak diperdaya mereka pasti dapat juga akhirnya. Hilang thrill di situ.

Tetapi ya, jenayah seperti ini yang hanya dapat aku tonton di kaca televisyen sebelum ini merupakan seba
...more
Moby F.
I don't really favor this book that much. Hampir sebulan aku ambil masa untuk habiskan satu buku. Kadang aku cuma baca sepuluh baris sebelum mula bosan dan tutup buku. Entah kenapa jalan ceritanya aku rasa sama saja. Cari mangsa- tipu- ambil wang- lari- cari mangsa- tipu- ambil wang- lari- begitulah hingga ke hampir hujung. Itupun di hujung-hujung endingnya dibuat tergesa- sama seperti agakkan aku. Mudah sangat. And the only thing yang benar-benar tarik minat aku tentang novel ini- the prolog. J ...more
Adriana
'Licik' merupakan novel terbitan Fixi hasil usahasama dua orang penulis iaitu Sham Hashim dan Julia Anne. Buku ini dimulakan dengan Alias, seorang duda yang kematian isterinya dan seorang ayah kepada anak perempuannya Fira. Hidupnya penuh dengan penipuan sehinggalah dia berjaya membuka sebuah perniagaan kecil-kecilan. Namun kemelesetan ekonomi pada waktu itu turut dirasainya dan akhirnya perniagaannya gulung tikar.

Alias dan Fira hidup melarat diibu kota sehingga pada suatu hari Alias bertemu den
...more
Fadzli Jamaludin
Ini merupakan novel kedua Fixi selepas Pecah yang aku baca…menarik!!! Plot yang berlaku straight forward shj..x flashback…mudah di fahami dgn bahasa2 bakunya…Cuma pada dialog shj dipaparkan Manglish…

Novel ini mengisahkan Fira yg telah diajar ayahnya untuk menipu & memperdaya orang2 kaya untuk mengaut keuntungan…setelah di belot oleh orang kepercayaan Ayahnya…mereka merantau ke pedalaman Bandar Kapit…& apabila berlakunya satu kejadian x di ingini di sana...Fira & ayahnya berpindah ke
...more
Zulaikha Sizarifalina
Hmmmm...banyak menggunakan Nama jenama tapi bertepatan pada plot cerita ini sebab ia mengenai con artist. Terbayang pulak Angelina Jolie Dan Brad Pitt ( yes I have this habit of giving faces to the characters in books that I read ... Can't help it since there alot of movie tie-in books) pada awalnya macam biasa jer ceritanya. Goda-tipu-lari...but then towards the end... Well let us just say.. Angelina Jolie and Brad Pitt again.. It was a fun read. Something yang boleh ke layar Perak. Actually ce ...more
Izzati Azemin
Pendapat saya :
1. Terlalu banyak 'kes' kelicikan yang diketengahkan. Rasanya lebih baik jika penulis hanya mengenengahkan hanya satu atau dua sahaja kisah yang saling berkait tentang kelicikan Fira dan konco-konconya itu. Dan berikan fokus kepada 'satu atau dua' kisah itu sahaja sudah memadai.

2. Mengapa hanya pada bahagian akhir sahaja kelicikan Fira diatasi oleh pihak lain? Kes2 kelicikan Fira yang lain dilihat terlalu mudah untuk berjaya. Senang-senang saje mangsa-mangsanya ditipu.

3. Saya ras
...more
Jerry Ghazali
Novel ini begitu berpotensi membikin tangan aku lekang darinya, kerap saja terlucut dari pegangan kerana aku kerap terlelap sepanjang proses pembacaan.

Orang kata, kalau mahu elak kantuk, pandu laju-laju. Sungguhpun ramai berkata naratif novel ini laju tapi kenapa aku tetap rasa mengantuk lantas terlelap?

Aku cuba membayangkan novel ini dalam bentuk live action berharap ia akan tampak lebih menarik berbanding hamparan teks semata walaupun penamatnya bagi aku kelihatan agak mudah dan terburu-buru.
...more
Fuka-chan
sebab saya tahu buku ni berasal dari skrip drama (or was it movie?) jadi saya rasa teringin sangat nak tengok Licik dalam tv. Siapa yang bakal diambil sebagai Fira, Sadik, Khairi, Alias. All in all it was a good try. nice book. :)
Faizal
cerita ni bila baca aku membayangkan filem catch me if you can dan aktress Fazura!
Azira Zainuddin
Membaca sinopsis di belakang, sudah terdetik di hati yang aku mungkin hampa seperti Dendam dahulu. Namun tabiat mengumpul buku daripada tiap-tiap Penerbit yang aku minati menyebabkan novel ini menjadi kepunyaanku. Usai membaca, tepat seperti jangkaan. Tidak mampu mencetuskan kepuasan membaca.

Pada awal cerita, motif setiap perbuatan yang Fira lakukan berlandaskan dendam atas apa yang terjadi kepada ayahnya dan dia (manusia kala ini, walaupun sudah terang lagi bersuluh kesalahan di bahu sendiri te
...more
anahashim
assalamualaikum wbt.

buat pertama kalinya membaca buku terbitan fixi.pernah dahulu saya skeptik dengan karya terbitan fixi kerana penceritaan kawan saya bahawa mereka menggunakan bahasa yang bukan formal,kasar dan dalam short form.saya mendapat buku ini percuma daripada big bad wolf dan terpaksalah saya membacanya pada masa senggang saya.secara kesimpulannya plot penceritaan licik amat hebat,tabik spring kepada penulisnya,namun saya kurang gemar dengan gaya bahasanya yang kasar,unsur-unsur yang t
...more
Syahira Sharif
The cover is gorgeous and so inviting and elusive. A beautiful mysterious silhouette holding a golden masquerade mask and rain droplets on the window overshadowing the scenic pair of airplanes across the runaway. But I couldn't quite say the same thing with the content of the book.

As much as I was unnaturally lenient with the ratings of debut authors, I didn't find myself being sympathetic enough with the notion over how a book that was written by two person would justify the overall bland and f
...more
ScotchCheez
Dunia con artis yang sangat kasihan saya baca. Entah kenapa sepanjang pembacaan karya ini, saya kasihan dengan dengan dunia Fira dan Alias. Meneruskan kehidupan dengan dunia penuh penipuan. Mencari kekayaan dengan cara yang haram. Im wondering, adakah kehidupan yang sebenar sebegini rupa? Keinginan cepat kaya yang membuak-buak sehingga sanggup menipu orang sangat tidak berhati perut. Apa yang mereka cari dengan penipuan tersebut yang hanya mendatangkan kemusnahan kepada diri sendiri? Karya ini m ...more
Faten Kiminggo
Pada awalnya aku letak 3 bintang tetapi tangan pantas menambah lagi sebutir bintang. Mungkin berasa puas dengan pengalaman membaca buku ini.

Membaca Licik sememangnya memberi satu kepuasan yang lain daripada yang lain. Terasa absorb dengan watak-watak yang suka menipu sana dan sini. Berasa lucu kerana realitinya, rakyat Malaysia memang mudah ditipu. Samalah dengan diri sendiri.

Membaca buku ini sama macam bagi kita rules and guidelines untuk dielak daripada ditipu. Ada pelbagai modus operandi di l
...more
Aliya
Yep..pada awalnya cerita dia interesting bagi aku. Lepas baca sehingga setengah mukasurat buku, jalan ceritanya langsung takde perkaitan dan aku mula bosan. Sampai akhir, boleh expect sangat ending dia. Dan...aku tak rasa setiap orang yang bermasalah bermula dari background family yang suka berzina. Dirogol, melihat family member yang dirogol, melihat family member yang rela dirogol, menghantar orang untuk merogol dan sama waktu dengannya. Tapi takpelah...dah tu style penulis....

Kesimpulan : Not
...more
Jia Disini
This review has been hidden because it contains spoilers. To view it, click here.
Dalyanun
Buku ni pada aku sangat sangat best sbb aku peminat genre begini. Leverage kat AXN tu memang wajib tengoklah. Tapi sampai siri 5 je. Takda sambungan dah :(

Berbalik kepada buku garapan Sham Hashim dan Julie Anne ni, buku ni adalah yang pertama aku baca ada dua penulis. Yang ajaibnya, aku tak perasan gaya penulisan berubah (ke aku yang tak teliti) tapi memang smooth. Mungkin sikit keliru lah bila Fira asyik guna tukar nama je utk kegiatan penipuan dia. And, kehadiran Sadik makin menyedapkan cerita
...more
Dilla
Jan 05, 2013 Dilla rated it 4 of 5 stars
Shelves: fixi
Penipuan.

Menipu Si Penipu. Membuat aku teringat drama Jepun, Kurosagi lakonan Yamashita Tomohisa. Cuma dalam cerita ini wataknya bergerak berdua.

"Go find yourself a decent man and get married. Lepas tu beranak banyak-banyak, okay." (p.263)
-membuat aku teringat dialog ala-ala Jay (Will Smith) dalam MIB 2.

Ending atau penamatan cerita adalah proses yang mencabar. Aku tahu itu. Cuma berharap endingnya akan lebih kemas dan tidak putus di tengah jalan.

:)
Ieja Mohamed Saleh
JA : Aku tak reti nak bagi review panjang sebenarnya but to sum it all up, buku ni antara crime novel yg terbaik aku pernah baca. (mcm la banyak sgt crime novel aku pernah baca, yg lain buku RAM je pun hehe) Btw aku dah terbayang Maya Karin bawak watak Fira Alias ni, boleh? Haha. Apa2 pun, congrats on your first book. Aku tak sabar nak baca buku kau yg lain! *tersengih2 aku bila nampak ayat2 forum, pprt sangat khenn! kellesss kau jah* :P
Nusrah
Memang licik permainan Alias, Fira dan Sadiq. Bapa borek anak rintik. Fira betul2 terdidik untuk jadi seorang penipu. Penulis dapat menggambarkan plot cerita dengan baik dan bagaimana Fira dan Sadik menjalani kehidupan yang penuh kemewahan hasil daripada sindiket penipuan yang mereka jalankan. Ending yang menarik. Syabas untuk penulis! :)
Muhammad Zaini
Cerita pasal penipuan. Hmm.. Memang antara penceritaan yang selalu diulang bukan?

Tapi, siapa yang peduli tentang objektif penceritaan? Yang paling utama, cara penceritaan. Itu yang buat buku ini menarik. Twist di hujung cerita? Memang agak cilak@ sampai aku pun macam tak percaya! Hahaha
Zaki Shukor
Plot yang biasa-biasa sahaja. Mula-mula menarik, tapi lepas beberapa kali adegan tipu menipu, semuanya seakan-akan berulang, cuma metod sahaja yang berbeza. Tak ada thrill sangat sebab dah tahu yang conman akan berjaya juga. Laras bahasa juga kurang menarik.
Rumaizah Bakar
LICIK memang Licik! The novel reminds me of Sidney Sheldon's 'If tomorrow comes'. Clear, fast-paced, unpredictable. However, somehow the first few chapters seem more 'Malaysian' to me and it gets more Westernise after that. Great effort, nevertheless.
Pie Mesnan
LICIK- mmg novel yg sgt mnarik..mcm leverage versi malaysia...hehe..critenye yg sgt berkait dgn zmn skrg..yg plg best n plg igt ialah ksh penipuan skim jual gelang magnet tuh...sgt awesome..semua kelicikan fira terbaekk
Mohd Adib Mohd Aini
saya merasakan buku yang paling cepat saya baca pada tahun ini adalah novel ini.kurang daripada 3 jam saya membacanya.ceritanya yang menarik membuat saya tertarik menghabiskannya dalam masa yang singkat.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 14 15 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • INVASI
  • MURTAD
  • KASINO
  • PECAH
  • HILANG
  • ZOMBIJAYA
  • KOPI
  • MANGSA
  • CERPEN
  • BISIK
  • MENTAL
  • KLCC
  • DENDAM
  • SITORA HARIMAU JADIAN
  • Devil's Place
  • Amerika

Share This Book

No trivia or quizzes yet. Add some now »