Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Amerika” as Want to Read:
Amerika
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Amerika

by
3.96  ·  Rating Details ·  251 Ratings  ·  67 Reviews
Murshid Merican mahu menulis, tetapi telah diusik rutin-rutin harian diselangi momen-momen magikal, membawa dirinya menemui teman yang telah mati, majikan yang jatuh hati, penjaga hostel yang buta huruf, serta kekasih-kekasih karib dalam satu pengembaraan merentas kontinuum ruang dan masa.

Di antara kota kotor Kuala Lumpur dan South Beach, dari Manhattan ke Kyoto, mereka be
...more
Paperback, 248 pages
Published September 2011 by Moka Mocha Ink
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Amerika, please sign up.

Be the first to ask a question about Amerika

Community Reviews

(showing 1-30)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Syaihan Syafiq
Sep 26, 2011 Syaihan Syafiq rated it it was amazing  ·  review of another edition
Aku ambil masa kira-kira dua minggu untuk habiskan Amerika, novel terbaru karya Ridhwan Saidi. Agak lama memandangkan aku harus berhenti membaca untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ilmiah yang lain (urrggh, menjadi mahasiswa tahun akhir sebenarnya tidak seronok ye!). Sepertiga selesai membaca, aku singgah ke blog si penulis novel, kurius ingin tahu apa pendapat beliau tentang respons pembaca yang lain.

Jujur aku ingin jelaskan di sini, Amerika ternyata kekal kepada trademark Ridhwan Saidi. Cer
...more
Qhistina
Sep 21, 2012 Qhistina rated it really liked it  ·  review of another edition
Haishh...rasa macam tak berapa nak innocent bila baca RS.. Tapi, disebabkan input2 yang provocative & supermassive beauty, yang iramanya merdu macam lagu2 Avenged Sevenfold, terasa macam aku dinafikan hak untuk berkata 'tak best pun???'...

Budaya hidup kiasu, prinsip revolusi dan reformasi dalam struktur asas bangunan, lukisan tangan 2 dimensi yang tiada rasa ruang, lukisan 3 dimensi janaan komputer yang diraikan ketika bangunan masih dibina, art, architecture, music, knowledge, philosophy, s
...more
Faizah Roslaini
Apa cerita dengan Amerika ini? Kalau saya saya nak bagi empat bintang sebab saya suka cara Ridhwan berbincang tentang idea-idea dalam Amerika. Yang paling saya minat tentang pandangan bagaimana KL harus mengambil contoh New York sebagai model untuk pembangunan kota. Perumpamaan manusia dengan lima jari itu pun saya suka. Ada juga pandangan tentang demokrasi dan huzun Istanbul. Kritikan kepada seni tempatan yang kitsch. Tentang rakyat Malaysia yang maju tapi mundur bersikap. Ajaran Syeikh Siti Je ...more
Moby F.
Jul 14, 2012 Moby F. rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: favorites
I must say that Ridhwan Saidi is a proper writer. Proper and fun. Membaca Ridhwan Saidi (buku kedua penulis yang saya baca selepas BRAZIL) buat saya tenang. Tak rasa serabut, proper and neat story line, karakter-karakter yang menarik (kenapa entah masih terbayang isteri Lui yang ada iras-iras Björk tu), laras bahasa yang kemas tanpa any bahasa pasar sehingga saya rasa kalau saya guru Bahasa Malaysia mungkin penulis dapat markah A+ daripada saya.

Banyak hal baru yang saya tahu daripada buku ini--
...more
Sufian Abas
Jan 20, 2012 Sufian Abas rated it really liked it  ·  review of another edition
Buat masa ini Novel terbaik Malaysia.
Aini Akmalia
Ini satu lagi. Satu lagi buku yang sebenarnya dan sebenarnya saya mahu hadiahkan 5-bintang. Paling tidak pun saya boleh beri 4-bintang. Alasannya tetap sama sebagaimana saya memberi bintang kepada buku CEKIK.

Saya ambil masa yang agak lama juga untuk mendapatkan kembali mood untuk membaca buku ini. Di awal cerita saja saya sudah menguap, entah untuk kali keberapa. Bosan. Ibarat mendengar bebelan si penulis tentang kota kotor Kuala Lumpur, saya tabahkan juga diri untuk membaca buku ini tanpa skip.
...more
Fasyali Fadzly Bin Saipul Bahri
Ini adalah novel kedua Ridhwan Saidi (yang dia tulis dan saya baca). Sebenarnya, ketika proses penghasilan novel ini, Ridhwan sering berkongsi ideanya dengan saya. jadi saya tidak mahu mendedahkan apakah suntikan idea yang dia letak di dalam novel ini. biar ianya tersemat menjadi satu bahan polemik bagi pembaca lain.

Ada seorang kawan saya (Amar Amir) mengatakan bahawa novel ini berbaur psikedelik. Saya rasa itulah perkataan yang paling sesuai untuk Amerika. Novel ini buat saya rasa terawang-awa
...more
Yusoff
Jul 02, 2012 Yusoff rated it really liked it  ·  review of another edition
falsafah jujur mengenai realiti kehidupan murshid merican di kota kuala lumpur. aku ambil masa nak hadam isu / persoalan dalam penulisan Ridhwan Saidi ni. aku tertarik dengan perbincangan murshid dan rakan-rakan mengenai realiti pendidikan tinggi dan politik saat mereka melabon di kedai kopi dan kedai buku. terus terang aku cakap, ini bahan bacaaan yang lazat buat minda-minda yang laparkan bahan untuk dicerna. bosan dengan novel cinta yang cliche? ini novel untuk yang ingin bertukar selera. amar ...more
Valisa Iskandar
this is the best Malay novel I read since Hujan Pagi.

I read it in a cafe, under 2 hours.

Bahasanya bersahaja, licik, nuanced dan berlenggok-lenggok.

Memang berahi membaca bagaimana Ridhwan menyulam Huzun, keperitan existantialisme dan lagu The Smiths pujaan saya.

Barangkali paling mengesankan ialah pilihan metaforanya sup brokoli nna susu soya. Anehkan? Rasa dan teksturnya mungkin tidak senada tapi masih boleh wujud bersama.





Johnny B. Rempit
Mar 21, 2012 Johnny B. Rempit rated it it was amazing
Kalau kamu boleh baca satu sahaja buku scene/arena alternatif (bawahtanah mungkin sedikit klise) BM, baca buku ini. Bagaikan bawang yang berlapis-lapis, penuh makna yang jelas dan tersembunyi.

Bukan untuk minda tipikal.

Sekian. Itu sahaja.
Nadia A Jalal
Mar 07, 2012 Nadia A Jalal rated it really liked it  ·  review of another edition
susah aku nak ulas penulisan ridhwan saidi kali ni sebab aku nampak ada perbezaan ketara dari segi penulisannya dalam kedua-dua buah buku. masih mengekalkan penghujahan prinsip dan filosofinya terutamanya dalam hal yang dia sendiri pakar; hal seni bina. aku suka cara penulis gambarkan watak utama iaitu murhsid; tidak terlalu ketara sikapnya yang non confirmist. ini membuatkan murshid tidak begitu digahkan perwatakannya. perkaitan antara bab yang sedikit goyah buat aku tercari-cari jugak amerika ...more
Nuruddin AB
Dec 03, 2012 Nuruddin AB rated it it was amazing  ·  review of another edition
Mungkin tidak keterlaluan jika aku kata (walaupun belum lagi membaca karya-karya beliau yang lain seperti Stereo Genmai, Cekik, Mautopia, etc) ini adalah Magnum Opus Ridhwan Saidi dan malaysia, sebuah masterpiece yang tidak ternilai harganya, yang harus diletak lebih tinggi dari poster Jim Morrison yang berlegging itu.
Karl Agan
May 09, 2013 Karl Agan rated it really liked it
Tiada ulasan terperinci untuk buku ini. Aku suka, cukup suka. Aku simpulkan dengan line dari buku Amerika ini sendiri;

"mengelak daripada memijak anak tangga yang mengeluarkan bunyi bising--menjengkelkan."
Ira Nadhirah
Apr 26, 2015 Ira Nadhirah rated it it was amazing  ·  review of another edition
Gila babi apakah ini?
Khairul Umar Hamzah (Kuhaf)
Ianya sudah empat tahun semenjak Amerika tulisan Ridhwan Saidi diterbitkan buat kali pertama (2011), dan akhirnya saya dapat memilikinya juga pada tahun 2015 (walaupun dewi buku saya pernah berhajat untuk memberikan naskhahnya kepada saya dahulu). Setelah saya memiliki buku ini, saya tahu ianya akan jadi suatu perjalanan pembacaan yang menghiburkan.

Membaca Amerika tulisan Ridhwan Saidi – seperti biasa, tidak mengecewakan. Bagi saya, Amerika ini lebih bersifat naratif individu berbanding sebuah c
...more
Adriana
Murshid Merican, seorang pekerja di firma Timmy Lee, sebuah firma arkitektur. Tinggal di loteng tanpa tingkap sebuah hostel di 69 Pudu Lama milik majikannya. Filem pendek eksperimentasinya yang bertajuk Mekar rupa-rupanya diminati Aneeta, yang mengesyorkannya mengambil bahagian dalam pertandingan filem pendek.

Pada suatu malam, sehari sebelum Ramadhan, dia dikejutkan dengan pemergian kawan baiknya Awang Besut. Waktu itu juga dia, Ramlee dan Dahlia adik angkatnya bergegas ke Besut. Sebenarnya aku
...more
Ahmad Ardy
Surreal. Skeptisisme. Seks. Ini 3 perkataan bagi merumuskan pendapat aku, yang mampu menggambarkan novel ini kiranya. Dan aku tak berhujah dalam nada takjub. Bahkan kesal. Aku baca hampir 5 novel yang dibidani pasaran 'indie' ini. Rata-ratanya membawa persoalan2 sama : kebebasan pilihan, kenisbian moral, pesimis akan agama, serta mengatasnamakan rasio. Secara perlahan, aku semakin sangsi dengan penulis yang berbaka begini.

Ridhwan Saidi cuba mengatakan bahawa mereka yang berkiblatkan Barat, seka
...more
Zulwaqarakram
Amerika seperti sebuah rumah yang penuh dengan perabot cerdik pandai. Kritikan dan idea yang disampaikan dalam Amerika memang bagus dan berasas tapi semua ini seakan disampaikan melalui satu medium yang kaku dan mati (sebab itu elok aku panggil, perabot)

Pada mulanya, membaca Amerika seperti membaca satu tulisan daripada Houellebecq versi melayu. Tapi lama-kelamaan perasaan itu hilang. Disejat oleh kekeringan atmosfera rumah bernama Amerika ini.

Perabot-perabot sibuk memberi idea, mengkritik, berh
...more
fuggf
Sep 21, 2011 fuggf rated it really liked it  ·  review of another edition
Aku bersemangat nak baca tulisan kedua Ridhwan Saidi setelah Cekik. Aku dapat rasakan kali ini pasti lebih mengancam! Lenggok bahasa yang agak skema, kadang menunjukkan taring di sebalik pakaian bebiri. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia Mursyid; ianya pelik, sama seperti Cekik juga mempunyai kualiti surrealistic. Oh, pada hari yang sama aku beli Amerika, aku juga ada membeli DVD filem Jodorosky yang bertajuk Holy Mountain. Watak-watak dalam kedua-dua buku dan filem ini seperti sed ...more
Jerry Ghazali
Buku ini perasaannya serius, harus dibaca dengan serius untuk faham hingga akan wujud perasaan seolah perlu memilih pil merah untuk mengetahui apa yang nyata, persis filem debut The Matrix .

Sepanjang menyelusuri himpunan teks dalam buku ini, lagu mendiang Jeff Buckley, So Real seolah bermain-main di telinga. "Oh... That was so real..." dibisiknya tiga kali chorus itu di telinga aku.

Bila sudah menyentuh fasal existentialism, biasanya surrealism juga akan menyusul. Lalu, aku juga seolah terasa se
...more
Nur Fatin Atiqah
Mar 17, 2012 Nur Fatin Atiqah rated it really liked it  ·  review of another edition
Thank God, lain daripada Mautopia. Walaupun aku tak faham sangat macam mana sebenarnya jalan cerita kehidupan si Murshid Merican ni.


Buku ini sememangnya hebat dan terbaik, daripada segi penyampaian idea-idea si penulis. School of thoughts kami nyata berbeza, tetapi aku menerima pandangan penulis dengan baik.


Sampai akhirnya, aku sudah malas mahu tahu siapa yang cakap pasal apa, aku lebih tertumpu kepada apa yang ingin disampaikan. Aku setuju pasal isu pendidikan dan PTPTN, kerana aku juga seoran
...more
Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin
Novel ini begitu merangsang sel-sel otak - yang bukanlah produk evolusi seperti dakwaan Murshid - sehingga aku boleh hanyut dalam lautan imaginasi Ridhwan Saidi. Jalan ceritanya mengelirukan dan seakan-akan kita memasuki pengembaraan magikal watak utama di sebuah dunia asing yang dipanggil sebagai mimpi. Mimpi dalam mimpi.

Aku tidak begitu faham apabila Murshid dan kawan-kawannya bercakap tentang arsitektur kerana aku bukanlah seorang arkitek. Sungguhpun aku nampak ideanya yang dikaitkan dengan k
...more
Topek Ketopekan
Pelik. Kagum. Kecewa. Empat.

Pelik. Aku hairan dan penuh dengan persoalan mengenai kulit buku ini, sehinggalah apabila selesai membacanya saya faham satu persatu gambar yang tertera di hadapan buku — strawberry, brokoli, lipas.

Kagum. Saya kagum bagaimana Ridhwan Saidi boleh memuatkan cerita mengenai kota (kotor) Kuala Lumpur hanya dalam satu buku Amerika. Mana tahu mungkin cerita yang yang ditulis juga ada berlaku di Sungai Buloh, Puncak Perdana, Shah Alam mahupun mana-mana jua pelusuk di Bolehla
...more
Syukri Mohtar
3.5/5 bintang.
Novel ni pada awalnya kurang menarik sebab menceritakan kehidupan seharian Murshid di tengah-tengah kota Kuala Lumpur sebagai seorang arsitektur. Mungkin sebab terlalu banyak penerangan dan dialog yang sedikit. Dan mungkin juga sebab kurang jalan cerita.

Tapi pada pertengahan, novel ini mula menarik dengan cerita-cerita masalah isu semasa yang berlaku dan pandangan Murshid dan rakannya tentang masalah tersebut. Part yang paling aku suka perjalanan pergi dan balik Murshid ke Amerika
...more
Nadhirah Hamzah
May 22, 2013 Nadhirah Hamzah rated it it was amazing  ·  review of another edition
Satu lagi penduduk kota kotor Kuala Lumpur, Mushid Merican seorang pembantu arsitektur kepada Timmy. Politik, agama, kaum menjadi intipati novel ini, dan seperti yang diketahui oleh kebanyakan novel Ridhwan Saidi terselit unsur-unsur persetubuhan bebas. Penulisan 'psidelik' membuatkan minda ditenggelami setiap kata dan perkataan yg dicoretkan lantas setiap muka surat seperti tiada batasan untuk menyelak dengan lebih lanjut tanpa rasa mahu berhenti. School of thoughts setiap lapisan masyarakat be ...more
Afifah.
Komen aku, jalan ceritanya memeningkan atau mengelirukan. Cuma, Amerika ini lebih baik daripada Cekik. Bab ending tu baca kali kedua baru tahu kenapa Mursyid mati. Bila masuk bab falsafah, aku terus belek ke muka surat seterusnya. Satu lagi, aku setuju dengan salah seorang pembaca yang komen bahawa babak erotis tidak wajar dicampur adukkan sebagai perencah rasa bagi sesebuah buku. Keterbukaan tentang perkara itu membuatkan aku tidak selesa dan seringkali mengucap panjang.

Kalau kamu boleh baca sa
...more
Ashroff
Oct 25, 2013 Ashroff rated it really liked it  ·  review of another edition
Sebuah karya yang maha hebat dari RS! Aku suka. Mengingatkan aku kepada 'Clockwork Orange'.

Ya benar, aku sukakan watak Murshid. Dan lebih lagi aku sayangkan karektor Dahlia yang maha seksi dan menggoda. Harapannya indah cuma pengakhirannya mati. Itu sesuatu yang nyata dalam dunia ciptaan RS. Kenyataan yang dipaparkan oleh RS yang kita harus ambil berat.

Setiap perincian yang ditaipkan, membuatkan kita berfikir, kenapa? Dan pada akhir bab, ianya terjawab.

Apa pun, aku sayang buku ni. Antara buku
...more
Zulaikha Sizarifalina
Saya suka Murshid sebab dia bukan seorang HIPOKRIT :)
Buku kedua karya Ridhwan Saidi ini amat 'dalam'. Banyak yang dipersoalkan mengenai pelbagai perkara yang patut di ketengahkan. Isu politik dan pemahaman diri. Saya suka dengan cara atau gaya penulisan Ridhwan Saidi yang begitu santai tetapi dapat membuat saya mengambil pen dan menggaris beberapa ayat ( banyak! ) di dalam buku Amerika. Jarang saya menggaris ayat2 di dalam novel. Tetapi karya saudara Ridhwan amat membuka minda saya.....Read ok!
...more
Sarah Zamri
Dec 02, 2011 Sarah Zamri rated it really liked it  ·  review of another edition
Kau-tahu-apa, aku tak faham apa itu kau-tahu-apa. Voldermort? Entah. Yang pasti, aku kena ambil tahu.

Entahlah, kadang-kadang aku rasa kalau nak ceritakan pasal orang kita, mentaliti dan kau-tahu-apa, memang takkan habis. Kita mungkin boleh menyedarkan sejuta orang, tapi belum tentu dalam sejuta tu, ada yang berani ke depan, melontar suara.

Ah.

Buku ni dapat membuatkan kau berfikir dan berfikir. Dan berfikir itu bagus untuk otak. Dan sesuatu yang bagus perlu lah diamalkan. Banyak terms baru yang ak
...more
Abdul Hafidz
Oct 30, 2015 Abdul Hafidz rated it really liked it  ·  review of another edition
kebanyakan watak sampingan ciptaan ridhwan saidi dalam amerika terlihat mempunyai kemiripan dengan aras intelek murshid merican; terlalu bagus dan menjangkau. itu yang mungkin menyebabkan amerika kurang hidup. tapi saat soya panas (penyumbang kanser), sup brokoli (agen anti kanser) dan tapai ubi (agen anti kanser) menjawab persoalan masalah usus murshid serta dentuman pokok akibat dipetir, ridhwan mula membenarkan pembaca bermain dengan teori luh - hidup - mati.

sesungguhnya kaum adalah jemaah y
...more
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
  • KOPI
  • PECAH
  • INVASI
  • DENDAM
  • Kasut Biru Rubina
  • KASINO
  • Langit Vanilla
  • Bayang
  • Kontrol Histeria
  • Jerat
  • LICIK
  • Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
  • Sitora Harimau Jadian
  • KELABU
  • ZOMBIJAYA
  • MURTAD
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang
  • Yasmin How You Know?

Share This Book



No trivia or quizzes yet. Add some now »

“Stop working, stop doing everything, let's do nothing - let's eat!” 3 likes
More quotes…