Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Muhammad Al-Fateh” as Want to Read:
Muhammad Al-Fateh
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Muhammad Al-Fateh

4.48  ·  Rating Details  ·  628 Ratings  ·  46 Reviews
Selama dua tahun Muhammad al Fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam, dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang. Bersama bala tentera 150 000 orang, beliau menggempur Kota Constantinople selepas Raja Byzantin enggan menyerah diri.

Ikuti strategi peperangan yang turut diakui oleh sejarawan Barat sebagai antara taktik peperanga
...more
Paperback, 336 pages
Published 2010 by PTS Publication (first published 2008)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Muhammad Al-Fateh, please sign up.

Be the first to ask a question about Muhammad Al-Fateh

This book is not yet featured on Listopia. Add this book to your favorite list »

Community Reviews

(showing 1-30 of 1,431)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Naim Hassan
Nov 19, 2009 Naim Hassan rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: novel, sirah
Buku ini merupakan karya sejarah yang amat menarik untuk dikaji. Bagi yang tidak berminat dengan buku sejarah yang berbelit dengan tarikh dan fakta, saya mengesyorkan buku ini. Hal demikian kerana penulis menghidangkan fakta sejarah dalam bentuk novel dan santai disamping dialog-dialog yang berkesan. Buku ini menceriakan ketokohan Sultan Muhamad sebagai pemerintah dan usaha beliau untuk membuka Kota Konstantinopel (sekarang Istanbul). Strategi-strategi peperangan yang mengkagumkan serta keluhura ...more
Jabet
contoh pemimpin yang boleh kita contohi. Agar kita sentiasa mencontohi baginda kerana dalam usia yang begitu muda baginda sudah menjadi ketua negara dan menawan kota kontanstiple..insyaAllah
Basmin  Maarof
Jan 02, 2009 Basmin Maarof is currently reading it  ·  review of another edition
Lemahnya jiwa di kalangan umat islam hari ini adalah kerana mereka telah hilang semangat juang jihad dalam diri. Ini ingatan untuk saya juga yang selalu lalai. Barangkali ini juga yang menangguhkan kemenangan umat Islam hari ini. Mungkin kita boleh mengambil ibrah dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di ba
...more
Wan  Farahana
Dec 04, 2013 Wan Farahana rated it really liked it  ·  review of another edition
Shelves: novel, islam
Alhamdulillah..selesai :)

Reviewnya kalau saya ada kelapangan. InshaAllah.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Rosi A.M Al-Ya'kubiyy
Dec 13, 2009 Rosi A.M Al-Ya'kubiyy rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves:
Saya sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Seorang yang berjiwa besar ingin menakluk kota Konstantinopel (Kota Istanbul kini). Berjaya menakluk Kota tersebut pada usia 21 tahun. Beliau seorang yang kuat beribadah, tawadhuk, zuhud dan mahir dalam ilmu peperangan sejak berumur 5 tahun lagi. kejayaannya menakluki kota Konstantinopel bertepatan dengan hadith RasuluLLAH yang berbunyi; "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan ...more
Faaizz d zul
Aug 04, 2011 Faaizz d zul rated it really liked it  ·  review of another edition
gaya penceritaan Pak Talib dalam buku ni memang mantap. buat mereka jiwa malas membaca, menghadam fakta, menyusun sejarah, mengatur kronologi dalam kebanyakan kisah sirah ulung yg menarik djadikan bahan kajian.

usaha pembukaan kota Konstantinopel dicetus kuat berdasarkan hadith Rasulullah
"`Konstantinopel akan jatuh di tangan , Sebaik-baik Pemimpin Adalah Pemimpinnya, sebaik-baik Tentera adalah Tenteranya, dan sebaik-baik Rakyat adalah Rakyatnya....`"

usaha Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah.
Muawiy
...more
Fateh
Mar 02, 2016 Fateh marked it as to-read  ·  review of another edition
semenjak baligh sultan al Fatih tidak pernah sekalipun ketinggalan sholat sunnah rawatib, tahajud, duha dll. beliau adalah sosok yang sangat tegas, tekadnya kuat, semenjak dr kecil sudah dipersiapkan untuk menjadi penakhluk konstantinople. beliau mampu menaklukan konstantinople, yang sudah 1000 th lebih tidak ada yang mampu menaklukanya & itu semua dilakukan diusia 23 th. vinz-prasetyo< a/>
Aliff Ismail
Dec 08, 2015 Aliff Ismail rated it really liked it  ·  review of another edition
Buku sejarah yang padat dan ringkas. Memang sesuai untuk semua golongan terutama golongan remaja untuk mendalami sejarah Islam.

Sultan Muhammmad Al Fateh memang seorang yang bijaksana dan tidak gentar kepada musuh. Ini yang patut dicontohi oleh setiap pemimpin negara Islam.

Apapun,buku ni memang bagus cuma banyak sangat typo. Mohon disemak semula.
Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin
Aku kurang gemar dengan novel sejarah sebab ceritanya ditokok tambah. Dalam hal ini boleh jadi ada fakta yang memang fakta dan ada fakta yang bukan fakta. Maksud aku ialah kita tak boleh belajar sejarah daripada sebuah novel, sebaliknya perlu mengkaji sumber primer dan sekunder. Sebuah novel tentunya bukan sumber sejarah.

Kekeramatan Syeikh Al-Wali antara perkara yang paling banyak dipaparkan dalam novel ini. Entah betul entahkan tidak, wallahualam. Kalau betul, tak apalah. Kalau tak betul, meman
...more
Ainur Afifah
Jun 25, 2014 Ainur Afifah rated it it was amazing  ·  review of another edition
I really enjoyed the book. Although the writing wasn't really poetic and is really simple and direct, but the objective is achieved. I finally knew and understood who Sultan Muhammad Al-Fateh is and his legacy. Worth reading
rhann mnr
Sep 22, 2014 rhann mnr rated it it was amazing  ·  review of another edition
"ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. kemudian Tuhan mengurniakan kepada ayahnda nikmatNya yang begitu besar. bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah"
Raudhazmi
Feb 17, 2014 Raudhazmi rated it really liked it  ·  review of another edition
really good book sebab kita dpt th al-fateh mempunyai jiwa dan pemikiran yang tinggi walaupun dgn usia dia y muda..
memotivatekan diri y selalu "lagha".. =)
Adi
Jul 19, 2013 Adi rated it it was ok  ·  review of another edition
subjek yg menarik, tapi gaya penceritaan yg mendatar, miskin imaginasi dan sama sekali tidak puitis. Tapi tetap memberi manfaat kepada ilmu pengetahuan kerana ianya adalah kupasan sejarah penaklukan kota istanbul di turki.

Aku pernah baca buku terbitan pts berjudul shamsiah fakeh dlm bentuk novel, yg aku rasa gaya penceritaannya lebih baik daripada yang ini.

sebagai perbandingan, aku rasa sedang menonton drama tv yg scene pengambarannya terhad kepada scene meja makan, scene dalam kereta, kembali k
...more
Frhrmdni
Apr 27, 2016 Frhrmdni rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: farah-s-read
Antara buku yang paling berkualiti dan menarik yang pernah saya baca, dari segi isi dan gaya penulisan. Semuanya terbaik
Nurul Rosnan
Jun 01, 2015 Nurul Rosnan rated it it was amazing  ·  review of another edition
I read this book few times already and every time I read it, I got moved by the story. Love this.
M Efendi
buku yang bagus untuk dibaca dan diceritakan...
Zawin Najah
Jul 15, 2012 Zawin Najah rated it it was amazing  ·  review of another edition
Sebuah buku yang menggambarkan Sultan Muhammad Al-Fateh dgan jelas lalu menyebabkan pembaca jatuh kagum kepada tokoh ini.Penceritaannya tidak meleret dengan fakta yang terlalu rumit dan tidak seperti buku teks sejarah.Saya berasa sangat kagum dgan Sultan Muhammad dan menjadikannya salah seorang inspirasi saya.Menitis air mata tatkala mmbacanya.Mengingatkan saya kepada diri saya sndiri dan golongan remaja seperti saya di zaman ini yang boleh diibaratkan seperti langit dan bumi jika dibandingkan d ...more
Windhu
May 21, 2015 Windhu rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves:
it's good book
Kamarul Yusuf
Nov 18, 2015 Kamarul Yusuf rated it really liked it  ·  review of another edition
Shelves:
awesome
Noral
Jan 16, 2016 Noral rated it it was amazing  ·  review of another edition
akhirnya... dapat juga baca buku ni. beli di bookcafe online.
sejarah uthmaniyyah memang menarik...
buku ini patut dibaca oleh semua... mungkin di sekolah juga patut ada sesi baca buku dan ulasan buku...

masa saya sekolah dahulu, cikgu suruh baca diary anne of anne frank. kami kena buat ulasan ..macam kerja rumahlah.. bila dah besar ni, baru faham itu yahudi. kemungkinan besar sebesarnya diary of anne frank tu agenda yahudi.

lebih baik sekolah buat aktiviti ulasan buku-buku sejarah islam...
Adila Mansor
Nov 10, 2011 Adila Mansor rated it it was amazing  ·  review of another edition
kalau boleh saya nak jadi macam sultan muhammad ini,,,dia sangat penyayang orang,,dan memiliki sikap peribadi yang mulia,,,beliau juga seorang raja yang baik,memiliki tentera dan rakyat yang baik,,dan beliau jugak tidak pernah meninggal solat lima waktu, solat tahajud dan solat duha,,
subhanallah,,,

saya nak contohi beliau la,,,
Mohamad Syahir
May 10, 2010 Mohamad Syahir rated it really liked it  ·  review of another edition
Sejarah penceritaan mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, untuk menakluk Kota Konstantinopel,Beliau lah orang yang di maksudkan oleh Hadis Rasulullah S.A.W. `Konstantinopel akan jatuh di tangan , Sebaik-baik Pemimpin Adalah Pemimpinnya, sebaik-baik Tentera adalah Tenteranya, dan sebaik-baik Rakyat adalah Rakyatnya....` ...more
Fnatasha
Feb 16, 2014 Fnatasha rated it really liked it
Good! Kalau nak tau macam mana kisah di sebalik istanbul, boleh baca.. tapi bukan untuk jadi baahn rujukan.. sekadar sebuah ceritera di sebalik sebuah kota yang kukuh yang di takluki oleh seorang pemimpin yang terbaik yang mempunyai askar2 yang terbaik. Seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW..
Saudagar
Jan 30, 2013 Saudagar rated it really liked it  ·  review of another edition
Apa lagi yang boleh dikatakan selain mesti baca? Kerana ia merupakan kisah sejarah seorang ulung Islam yang disebut sebagai 'sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera'. Satu sejarah yang mesti dibaca untuk menguatkan kefahaman dan menjadi seorang Islam yang lebih baik untuk Allah.
Don ツ
Apr 13, 2016 Don ツ rated it really liked it  ·  review of another edition
Kagum garapan semula Abdul Latip Talib yang bagus. Sebab buku ini agak nipis (bagi saya),mungkin banyak lagi kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak dicerita. Nk tahu lebih tentang Sultan Muhammad, perlu baca buku lebih lagi, dig out buku sejarah etc.

5 star for this novel.
Zulhaniff Salahuddin
Selain Salahuddin Al Ayyubi, Muhammad Al-Fatih merupakan seorang sultan yang sangat terserlah kewibaannya. Pemimpin yang tawadhuk, bersemangat tinggi, luas pandangan serta bijak mengatur strategi.

Inilah sifat tercontoh yang wajar dijadikan pedoman oleh pemimpin masa kini.
sakura
Oct 18, 2010 sakura rated it it was amazing  ·  review of another edition
contoh pemimpin terulung kerana dpt menjadikan tentera dan rakyat terbaik dan membenarkan hadis nabi..so, jika nk diaplikan pada zaman skrang, untuk mencapai kemenangan, kenalah pilih pemimpin yg baik dahulu baru rakyat akan menjadi baik... :)
Jaimejaimeeee
Sep 21, 2011 Jaimejaimeeee rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: sirah
Buku yang akan membuatkan kita tidak meletakkan buku walaupun seketika. Menunjukkan hebatan Islam yang diamalkan secara menyeluruh. Menelusuri rahsia hadis Nabi yang akhirnya terlaksana apabila Sultan Muhammad Al Fateh menakluki Kota Konstantinopel.
Chombi
Pengkisahan Sultan yg baik, tentera yg baik dan rakyat yg baik. Senang dihadam.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 47 48 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
  • Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi
  • Denyut Kasih Medik
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita
  • Cinta di Rumah Hasan al Banna
  • Manikam Kalbu
  • Nota Hati Seorang Lelaki
  • Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
  • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar)
  • Apa Ertinya Saya Menganut Islam
  • Tunas
  • Salju Sakinah
1914023
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara ...more
More about Abdul Latip Talib...

Share This Book