Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Tiga Kali Seminggu” as Want to Read:
Tiga Kali Seminggu
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating

Tiga Kali Seminggu

3.81 of 5 stars 3.81  ·  rating details  ·  180 ratings  ·  24 reviews
Tiga Kali Seminggu memperihalkan seorang ustaz kacak lagi petah yang mengajar kuliah tafsir, tajwid dan fiqah sebanyak tiga kali seminggu, di sebuah kampung. Buku ini adalah himpunan cerpen Dr. Faisal Tehrani yang kelima. Sebanyak 15 buah cerpen dimuatkan di dalam kumpulan cerpen ini, di mana Tiga Kali Seminggu merupakan salah satu daripadanya.
Paperback, 196 pages
Published November 2010 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
more details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Tiga Kali Seminggu, please sign up.

Be the first to ask a question about Tiga Kali Seminggu

Community Reviews

(showing 1-30 of 296)
filter  |  sort: default (?)  |  rating details
Ummu Auni
Buku ini saya beli di KLIBF 2011. Seperti biasa, tulisan FT jarang mengecewakan saya. Sarat dengan fakta menarik, menambah ilmu di dada. Ada cerpennya yang sinikal, ada yang berat, ada yang biasa-biasa. Apa yang biasa, seperti Bulan Penuh di Saigon merupakan cerpen yang boleh diagak plotnya, walaupun dipenuhi fakta Vietnam dilanda perang suatu ketika dahulu. Saya mengangguk-ngangguk setuju dengan fakta Saigon. Begitu juga cerpen Muthupalaniappan, masih boleh diagak plotnya, dalam halus FT menyin ...more
Juliza
15 buah cerita pendek Faisal Tehrani - mengundang rasa syahdu, lucu, pilu - membawa sindiran, peringatan, kekuatan semangat dan tanda tanya. (Blurp dari belakang buku)

Ini buku kedua Dr. Faisal Tehrani yang hamba baca setelah sekian lama menyudahkan Maaf Dari Sorga dan ini boleh dikira satu lagi percubaan hamba untuk menjadi lebih 'mesra' dengan bahan bacaan yang lebih berat serta luas soal persoalannya. (Pasti tidak 'manis' membaca novel cinta di usia 50-an nanti makanya hamba perlu bersiap diri
...more
Dee Mohd Kamal
Cerpen Kegawatan paling menarik perhatian. Gambaran bencana banjir besar di beberapa negeri di negara kita baru-baru tidak lekang dari ingatan tatkala membacanya. Ada kejadian dan keadaan seperti benar-benar terjadi.

Cerpen-cerpen lain juga saya suka, serasa kenyang apabila dihadam. Begitulah tulisan FT pada saya.
Fariza
Saya jarang kecewa dengan karya Faisal Tehrani. Beliau memang seorang penulis yang sinis dan sarat dengan maklumat. seperti yang beliau nyatakan di permulaan buku ini mengenai cerpen-cerpen ini memang terdapat cerpen yang biasa-biasa sahaja sekadar minum kopi, manakala ada juga yang sarat malah mungkin terlalu sarat maklumat sehingga pembaca terasa sesak dan penat malah ada yang ringan tapi sinis dan menyindir.

Cerpen pertama "Rindu ini Luar Biasa" nyata sesuai dengan tajuknya. Terutamanya apabi
...more
Juliana Es
Ada cerpennya yang sengaja dibiarkan tergantung, barangkali terpulang kepada pembaca mengolah sendiri akhiran cerita. Tapi yang paling terkesan ialah cerpen terakhir—alangkah tersentak membaca, namun jika kesudahannya menjadi nyata, bukankah bala itu sesuatu yang benar-benar bermakna kepada manusia?
Luc Abdullah
Jul 26, 2012 Luc Abdullah added it
Shelves: malay, fiction
Kegawatan - Blessings in disguise.

Kalau sudah penulisnya Faisal Tehrani, memang tidak lari dari gaya didaktiknya, dia sangat berkebolehan dalam kepengarangan, tapi sebagai daie, adalah pilihan dia untuk menyampaikan kemurnian dan sarat unsur dakwah.
Nor Azzah
Ada cerpen FT dalam buku ini yang panjang dan ia agak melambatkan pembacaan. Terutama bila topiknya agak berat.

Tajuk yang diberi hanya gimik. Cerpen2 FT sarat dengan fakta dan sindiran2 sinis.
Hidayah Borhanudin
Seperti biasa, karya FT penuh isi, ada unsur humor, pastinya ada yang sinis menyindir dan menegur.

Isunya lebih terkini, membawa kita melihat masalah masyarakat dari dalam ke luar, inside out.Bukan seperti selalu outside in, yang kita lakukan.

Paling terkesan dengan cerpen Setelah Diciptakan Adam.Isu feminisme yang cuba diketengahkan barat sebenarnya penuh lompang, tapi kita sebagai muslim,yang punya panduan hidup lengkap ada yang membuta tuli mengikut aliran feminisme.

Nak dikatakan tak terpelajar
...more
Idamandarin Azhar
Apabila saya menonton filem pendek, saya pasti akan terkesan dengan mesej yang disampaikan tanpa perlu menonotn dengan masa yang lama. Saya mendapat perasaan yang sama apabila membaca buku ini. Kalaulah kesemua cerpen ini dapat dijadikan filem pendek pasti menarik :)

Barangkali keseluruhan buku ini adalah satu jalan cerita yang panjang. Cara FT mempersembahkan cerpennya mengikut giliran (ataupun mungkin mengikut plot) dalam buku ini pada saya amat genius. Dimulai dengan isu bahasa (cerpen "Rindu
...more
Eimad
Tiga Kali Seminggu kumpulan cerpen yang merangkumi 15 karya Faisal Tehrani selama dua dekad.Merupakan buku kedua Faisal yang saya hadami setelah Maaf Dari Sorga.Ironis walau tauk ini diberi nama Tiga Kali Seminggu yang memang jelas sebagai gimik untuk menarik pembeli, saya tidak berapa menyukainya.Mungkin saya tergolong dalam golongan mereka yang gemarkan 'inti lebih' seperti yang dinyatakan olehnya di pendahuluan.

Antara cerpen yang menjadi pilihan saya iala Manifesto Mergastua yang bertemakan k
...more
Aziz Zabidi
Sudah lama saya tak membaca karya Faisal Tehrani. Saya mengenal beliau melalui cerpen-cerpen awal beliau di Dewan Siswa dan beberapa antologi-antologi cerpen pemenang Hadiah Sastera Utusan. Saya pernah menyukai Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu (PPM). Malah saya pernah melihat PPM dari sudut Citra Wanita Dalam Fiksyen Melayu dan membandingkannya sebagai tugasan kursus sewaktu belajar dahulu. Namun semenjak 1511 dan 1515H minat saya terhadap karya beliau mula pudar. Dan semen ...more
Muna Zaen
Tiga Kali Seminggu (directly translated as Three Times A Week) or hereafter referred to as TKS, is a compilation of short stories written by Dr. Faisal Tehrani, one of the most read novelist in Malaysia. In it, 15 short stories written during his two decades of writing. In his preface, Dr. Faisal explains about the motivation behind each story that he wrote and tells about its themes and objectives. His introduction to his works helps me to understand the reason and the background of each story. ...more
Hasni Ayu
naskhah Faisal Tehrani yang tak pernah mengecewakan.
©lukisan athirah espada
Memang banyak koleksi cerpen2 didalamnya. Pelbagai 'rencah' dapat dirasai. Cerpen tiga kali seminggu mengundang banyak tanda tanya. Cerpen Bulan penuh di Saigon mengingatkan saya kepada mama tercinta. Bagi cerpen Hajah Abidah memang mengusik hati. Cerpen Perlak Emak membuatkan saya ingin memiliki sebuah rumah yang mempunyai perlak dan taman melayu yang indah. Dan Cerpen Kegawatan mengingatkan diri saya bahawa segala harta benda dan pembangunan boleh ditelan bumi jika diizinkan tuhan dan ketika i ...more
Lyla Ibrahim
cerita-cerita yg betul2 mencabar minda. He really makes us think of the issues he brought up in his stories and makes you rethink your way of life. Some are easy to understand, some requires more effort to understand, partly because of the poetic elements he used..huhu. But all in all, I like this. My favourite story, Kegawatan. Recommended read for all...
Al Ghazali Sulaiman
Himpunan cerpen dalam susunan yang membuatkan emosi si pembacanya akan bercampur-baur. Seketika kita akan sedih, bersemangat, jelik, lucu, terpegun, kagum, ketawa dan gembira.

Yang tentunya, ia bukan satu naskhah libido lembut yang mengarahkan ke arah perasaan kibar (horny-lah!).
Lina Kama
Pertama kali membaca antologi cerpen Dr FT. Macam biasa, fiksyen yang banjir dengan fakta islamik, seks, bangsa melayu dan bahasa melayu. Cerpen yang terakhir adalah yang paling mengkagumkan bagi saya. Imaginasi melampau yang menyedar!
Aween
salah sebuah karya beliau yg aku suka :)
indah pada kata-kata, kadang ada saja jenaka bikin aku ketawa.

oh pak ustad dan si janda,,kehkeh ;p
Nol
awesome! speechless(tu pasal tak taip banyak).. kene bacalah!!!
Siti Salha
Menjawab beberapa persoalan akidah dan cinta:)
Kast
agak menarik ,lebih menarik nampaknya .
Kamarudin Mamat
baca. tapi tak habis.
Smiley
Apr 23, 2011 Smiley added it
Shelves: ft
wow...
Rinah Banati
Rinah Banati marked it as to-read
Mar 22, 2015
Cik Mira
Cik Mira marked it as to-read
Mar 06, 2015
Curiouzz He
Curiouzz He is currently reading it
Feb 13, 2015
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 10 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Langsir Biji Remia
  • Contengan Jalanan
  • Cinta Sang Ratu (Bagaikan Puteri, #2)
  • Isabella
  • Cinta Fansuri
  • Hero
  • PECAH
  • Imam
  • Bersyukur Saat Diuji
  • Di Dalam Lembah Kehidupan
  • Badai Semalam
  • Jibam
  • The Unsung Hero
  • Untuk Awak Teja Aulia
513758
FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Dr. Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

Mendapat pendidikan awal di SK Sacred Heart, kemudian di SK Jalan Datuk Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian (UPSR). Beliau kemudian menuntut
...more
More about Faisal Tehrani...
1515 1511H [KOMBAT] Manikam Kalbu Tunggu Teduh Dulu Tuhan Manusia

Share This Book