Cuti sekolah pun dah tamat. Kanak-kanak pun dah mula sekolah semula (walaupun dengan separuh hati - nak bangun pagi pun macam tak sudi). Sepanjang dua minggu cuti haritu, Wazif dengan Shawqi ada tusyen macam biasa. Hambik! Tak de can nak bersenang lenang. Wazif ada additional activity - group study petang-petang, pukul 6-8. Pastu tusyen pulak, 8-10. Waktu siang memang diorang pulun main game lah. Sambil-sambil tu aku mintak tolong buat kerja rumah apa yang patut (termasuklah buang sampah, kemas kabinet. mandikan Zarif etc). Oleh kerana En. Suami tak banyak cuti, maka kitorang jalan dekat-dekat je masa awal-awal dan hujung-hujung cuti. Masa first weekend tu, pergi Janda Baik. OK, itulah kali pertama aku jejak kaki di Janda Baik, walaupun aku ni asal dari Pahang. Selama ni memang tak ada urusan pun nak pergi Janda Baik. Inilah kali pertama dapat hirup udara segar kat bukit yang dipenuhi orang baik-baik itu. Kitorang stay satu malam je dekat Cherengin Hills. Tak buat aktiviti luar pun, sebab budak-budak tu semua cuma nak mandi pool dan tidur kat bilik je. Gambar pun tak ambik sangat. 
Gambar depan Cherengin Hills masa dah nak balik.
Masa 2nd week of the school hols, kitorang pergi Melaka pulak. Walaupun dah dekat 13 tahun kawin dengan orang Melaka, masih banyak lagi tempat kat bumi Hang Tuah ni yang aku belum jejak. Ni first time pergi ke Kuala Linggi. Desa Balqis ni konsepnya macam homestay - ada beberapa chalet dengan rekabentuk rumah kampung yang selesa dan bersih. Ada beberapa rumah lagi tengah dalam pembinaan. Ada chalet kecik, ada chalet besar - kalau korang nak pergi, ikut berapa besar rombongan koranglah. Rumah besar tu boleh muat separuh bas sekolah, kot. Memang besar betul. 
Desa Balqis ni tak jauh dari ALAM. You won't miss it. Kitorang ambik chalet yang ada satu bilik je. Bilik tidur ada aircond, don't worry. Dalam rumah ada dry kitchen, fridge, toilet, TV (ASTRO yillek). Tapi kitorang tak ON TV pun sebab rasa macam malas nak tengok TV.

Depan Rumah Atuk Bersebelahan Rumah Atuk ni, ada Rumah Nenek. Macam tu lah dia punya naming convention chalet ni semua. Tapi, Rumah Bini Muda Atuk takde lah pulak. :D
Budak-budak ni suka lepak kat beranda Rumah Atuk niKat Desa Balqis ni sebenarnya ada pool yang agak besar, tapi oleh sebab ramai sangat pengunjung yang mandi-manda, kitorang terus turun ke pantai dan main air kat situ. Pantai dia so-so je, tak berapa boleh dibanggakanlah, tapi bolehlah setakat nak main air macam diorang ni - tak advencer pun. Tak pergi sampai tempat yang tak jejak pun.

Tak berapa advencer bebudak ni. Takut-takut je.Zarif lagilah pulak. Langsung taknak masuk air. Dia dok kat pasir tu je, buat sand castle, kutip shell, main dahan kayu.
Budak ni yang paling tak advencer sekali!
 Dekat Desa Balqis ni, kitorang tidur satu malam je. The next day, lepas check-out, kitorang pergi Bandar Melaka. Itule first time aku pergi Banda Hilir. First time juga tengok tempat-tempat bersejarah ni. Dulu masa sekolah rendah, tiap kali cikgu buat rombongan, tak pernahnya mak aku kasi aku pergi. (Macamlah aku ni jahat sangat, kan.... hehe). Umur dah 39 tahun baru le dapat tengok kesan-kesan sejarah kat negeri Melaka ni. Okaylah jugak, kan. Mungkin sebab dah khatam beberapa buku Dan Brown, bersungguh-sungguh aku pergi baca nota dekat every tombstone. Manalah tau, kalau-kalau ada hint atau simbol yang nak kena decipher (yelah, tu... berangan lebih).

Kota Santiago (Wazif memang supporter tegar Buku FIXI)
Muzium - Istana Kesultanan Melaka
Dulu ini le gambor kat front page buku teks sejarah Aku nak masuk Muzium Istana Kesultanan Melaka ni semata-mata sebab dulu hari-hari tengok gambar istana ni kat buku teks Sejarah masa sekolah rendah (kot?). Anak-anak aku tak belajar sejarah, so diorang memang blur gila bila masuk dalam ni. Terpaksalah aku pulak story kat diorang kisah-kisah zaman Hang Tuah, Tun Perak, Sultan Mansur Shah etc.  Replika Flor De La MarLepas dah pusing muzium, kitorang pergi pusing-pusing naik beca. Singgah jap kat depan kapal ni ambik gambar. Zarif tak minat nak pose kat sini. Terpaksalah aku kelentong dia kata ini kapal Pirate of The Carribean. Membohong tak sudah....
Beca - dengan sountrack lagu-lagu Ahmad Jais
 Pakcik Beca yang bawak aku tu dah tua dah, mau dah dekat 70 tahun kot. Agak-agaknya dia menyumpah sebab mengah nak kayuh bawak beban berat macam aku. Tapi dia OK (walaupun sound ada kureeeng sket). Asyik pasang lagu Ahmad Jais je all the way. Aku pun bolehlah jugak layan. Nasib baik tak dapat beca lain yang asyik pasang dangdut berdentum-dentam. So, lepas dah bersiar-siar tu kitorang pun balik ke Puchong. Dan sebelum sampai rumah, kitorang dinner kat Bangi Kopitiam. Ye lahh, rajin-rajinlah makan kat Bangi, kan? Tak lama lagi nak jadi penduduk Bangi pulok.... ;)OKlah, Selamat kembali bersekolah kepada yang bersekolah. Over and out. 
 •  flag
2 comments
like  • 
Published on June 10, 2013 02:42 • 1,545 views
Comments (showing 1-2 of 2) (2 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Ophan (new)

Ophan Bunjos Tengok gambar chalet kat Desa Balqis tu, buat saya teringat ketika menjalani operasi di sekitar Kuala Linggi. Ada satu tempat di mana ada tapak kubu lama ketika pendudukan Belanda yang kami kenali dengan nama Port Supai. Tempat tu juga kami jadikan sebagai Markas Taktikal Operasi ketika itu. Itu sekitar tahun 2002, dan mungkin sekarang telah dijadikan kawasan pelancongan dan didirikan asebuah resort. Ia tempat yang cantik, petang saat cuti umum atau cuti sekolah di kawasan itu dipenuhi orang dan ada disediakan kereta kuda.

Kalau tak silap ia juga pernah dijadikan lokasi penggambaran sebuah filem seram yang juga kalau tak silap dibintangi oleh seorang pelakon veteran, Jalil Hamid. Ah, saya hampir dapat membayangkan sepenuhnya situasi dan tempat yang saya pernah duduki 10 tahun yang lalu. Lebih kurang tempohnya begitu.

Paling saya ingati adalah ran yang saya bina di kawasan pokok-pnkok bakau tepi laut dan di bawah kaki bukit kubu lama Port Supai, yang juga saya jadikan tempat melapangkan fikiran dengan angin yang nyaman. Waktu-waktu yang indah.


message 2: by Dayang (new)

Dayang Noor Oooo. Tak tahu pulak ada tinggalan sejarah kat kawasan situ. Nantilah, next time pergi, nak explore lebih sikit.


back to top