BAB 21â��Eric,cuba tengok isteri kamu tu.Jauh termenung dekat depan pintu.Pergilah berbual dengan dia,cuaca pun sejuk malam malam ni.Jangan bagi Xuna duduk lama-lama dekat situ.â�� Jannah berbicara lembut pada cucunya apabila melihat wajah sugul Ixuna yang duduk di muka pintu sambil memandang keindahan langit malam.Eric yang tadinya sibuk berbual dengan Ariel di ruang tamu mengerling isterinya sekilas.Peristiwa petang tadi telah menyebabkan dia dan Ixuna tidak bertegur hingga sekarang.Sedikit sebanyak dia terguris dengan sikap Ixuna.Mengapa gadis itu menganggapnya begitu asing? Langsung tiada ruangkah untuk dia berbaik dengan isterinya sendiri?â��Pergilah abang pujuk kak Xuna tu.Elya dan Reny nak berbual dengan dia pun,dia malas nak layan.â�� Elya menguis siku Eric dengan jarinya.Abangnya itu masih tidak bergerak di ruang tamu. Eric mendengus kecil sebelum menjeling Elya.Ixuna merajuk dengan dia? Dia langsung tidak percaya.Eric  bangun dari duduk,masuk ke dalam bilik tidur,mengambil selimut dan menuju ke pintu masuk Teratak Kasih.Ariel,Elya dan Reny tersengih-sengih melihat gelagat Amir.Namun mereka berpura-pura berbual dan tidak melihat apa yang Eric hendak lakukan.Sama juga keadaannya dengan Yahya dan Jannah yang duduk bersama cucu-cucu mereka di ruang tamu.Mereka cuba tidak membuat bising,ingin memberi peluang agar pasangan yang baru berkahwin itu mendapatkan sedikit privasi dalam perbualan.â��Sayang,kenapa duduk dekat sini? Tak sejuk ke?â�� Eric menyapa lembut apabila tiba di belakang Xuna.Xuna tidak menjawab ataupun memandang wajah suaminya itu.Dia asyik merenung bintang yang bertaburan dan leka dalam renungan jauhnya.Eric menggigit bibir.Dia ni buat-buat tak dengar ke apa?! Sakit hati betul!â��Hish sayang abang ni,termenung jauh pulak.â�� Ixuna hampir terjerit apabila Eric duduk di belakangnya dan dia terkurung di celahan kaki lelaki itu. Eric selamba menarik selimut yang diletak atas bahunya dan membalut sama sebahagian daripada badan Ixuna yang berada di hadapan.Kebetulan Ixuna duduk di anak tangga bawah,jadi Eric  berjaya duduk di anak tangga atas daripada kawasan dia duduk.â��Jangan tolak abang,nanti nenek dan atuk syak yang bukan-bukan.â�� Eric berbisik tegas di telinga Ixuna apabila perasan tangan isterinya itu cuba menolak tubuhnya agar menjauhi kawasan itu.Ixuna mendongkol geram.Akhirnya dia membiarkan Eric berada begitu dekat dengannya.Tangan pemuda itu melekap di perutnya sambil memegang selimut agar tidak terlurut ke bawah.Wajah Ixuna terasa membahang walaupun suasana agak dingin saat itu akibat setiap desah nafas Eric dapat dirasai telinganya.Mereka seperti berada dalam posisi berpelukan! Ixuna menjeling ke araah ruang tamu,mukanya semakin terbakar apabila dapat melihat sengihan daripada Yahya,Jannah dan lainnya. Eric memang tak tahu malu! Tapi dia tidak boleh berpelakuan kasar dengan suaminya itu.Nanti apa pula kata Jannah dan Yahya.Dengan tidak rela dia membiarkan saja dirinya dihangatkan dengan perisai tubuh Eric yang berselimut itu.â��Sayang termenungkan apa? Abang tegur pun tak nak jawab?â�� Eric masih cuba menarik perhatian Ixuna agar membuka mulut.Kedengaran keluhan kecil pada bibir merah itu. Eric tahu Ixuna tidak selesa berada dalam kepungannya.Namun,dia peduli apa.Apa yang yang Eric tahu hatinya terasa berbunga-bunga bila berdekatan dengan isterinya seperti ini.Kelihatan seperti dia dan Ixuna adalah pasanagan suami isteri yang romantik.Menjelang malam sama-sama menyaksikan bulan dan bintang.Alangkah indah jika Ixuna mempunyai perasaan yang sama dengannya.â��Ada tak sesuatu yang kita tak boleh dapatkan dengan duit dalam dunia ni?â�� Pertanyaan Ixuna membuatkan Eric terkebil-kebil seketika.â��Ada.â�� Eric menjawab tenang.â��Apa?â�� Ixuna memusingkan kepalanya ke belakang agar matanya dapat melihat wajah Eric.Perasaan yang sama berkunjung setiap kali Ixuna memandang wajah tenang lagi tampan itu.Hatinya terasa damai walaupun berdebar-debar.Dia menunggu jawapan daripada bibir Eric.â��Cinta terhadap manusia.â��â��Kenapa pulak cinta? Bukan ke cinta boleh dibeli dengan duit.Ramai perempuan yang bercinta dengan lelaki kaya sebab nak duit mereka.â�� Ixuna membidas.Matanya masih tidak lari daripada memandang Eric.Wajah kacak yang mampu mendamaikan hati penglihatnya.â��Itu bukan cinta sayang.Ia hanyalah nafsu serakah yang tamakkan kekayaan dunia.Sebagai contoh,kalau abang bagi sayang satu billion,boleh ke sayang mencintai abang setulus hati?â�� Eric menyoal dan memandang mata bundar itu tunak.Berharapkan jawapan Ixuna tidak menyakiti hatinya.â��Tak boleh.Bagilah saya semua duit dekat dunia ni pun,saya takkan cintakan awak.â�� Ixuna kembali berpaling ke hadapan dan telinganya jelas dapat menangkap keluhan Eric.â��Bukan cinta saja yang tak boleh dibeli dengan duit sayang.Contoh lain seperti nyawa,masa, dan udara yang kita sedut.Bila ajal kita dah sampai boleh ke kita bagi duit dekat Malaikat Izrail untuk menghalangnya daripada menyabut nyawa kita.Tak boleh kan?â�� Eric menenangkan hati sendiri.Dia sepatutnya sudah bersedia untuk mendengar jawapan Ixuna yang jelas-jelas tidak ada hati untuk mencintainya itu.â��Memang tak boleh..â�� Ixuna mengiyakan kata-kata Eric.Dia termenung lagi.Mengapa dia tidak boleh terfikir yang banyak perkara tidak dapat dibeli dengan duit diatas dunia ini.â��Awak percaya hantu tu wujud?â�� Ixuna bertanya lagi dan Eric berkerut dahi.â��Kenapa sayang tanya soalan macam tu?â�� Eric tidak menjawab bahkan dia menyoal kembali isterinya itu.Ixuna ini kadangkala suka merepek.â��Saja nak tahu pendapat awak.Banyak manusia dalam dunia ni cuma percaya dengan apa yang terlihat di depan mata,walaupun apa yang tidak nampak pada mata kasar kita tetap wujud.â�� Jawab Ixuna perlahan.â��Tidak terlihat atau belum pernah dilihat oleh mata bukanlah beerti yang sesuatu perkara itu tidak wujud.Abang percaya yang hantu itu wujud kerana hantu itu adalah makhluk halus yang terdiri daripada makhluk alam ghaib.Dalam Al-Quran ada menyebut yang hantu itu terdiri daripada jin,syaitan dan iblis.Walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar,itu bukan bermakna yang makhluk alam ghaib itu tidak wujud.â��Ixuna angguk-angguk kepala dengan jawapan suaminya.â��Abang juga yakin yang Allah itu wujud walaupun kita selaku hambanya tidak dapat melihat pencipta kita dengan mata kasar.Selaku manusia yang dikurniakan akal fikiran,kita sepatutnya dapat menilai kekuasaan Allah yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.Bagaimana langit berdiri teguh di atas sana tanpa tiang.Siang dan malam bertukar mengikut waktu tanpa henti dan bagaimana setiap planet berada teguh pada paksinya. Allah berfirman dalam Al Quran surah Al-Jaatsiyah ayat 45. â��Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." Kagum dan tidak terkata.Itulah ungkapan yang sering terbit dalam hati Ixuna apabila Amir berkata-kata.Beberapa ketika Ixuna mendiamkan diri dan terus memandang langit.Kebesaran Allah sememangnya dapat dilihat di segenap penjuru bumi ini.Namun,kebanyakkan manusia termasuk dia angkuh dan malas memikirkan semua perkara itu.Orang sepertinya selalu lalai dalam mengharungi kemewahan dunia.Ixuna beristighfar dalam hati.Menyedari kesilapan yang sering dilakukan sebelum ini.â��Tapi kan sayang,abang ada satu perkara yang walaupun dapat dilihat dengan mata,abang tetap sukar nak percaya.â�� Eric menimbulkan persoalan untuk kembali menarik perhatian isteri comelnya berbual.â��Apa?â�� Ixuna bertanya pendek.â��Kekuatan sayang.â�� Sekali lagi Ixuna berpaling ke belakang dan kali ini giliran dia berkerut dahi. Eric suka melihat wajah bingung gadis itu.â��Apa yang awak tak percaya tentang kekuatan saya?â��â��Yalah,sayang kuat mengalahkan lelaki.Macam ahli gusti je abang tengok.Abang masih tak percaya yang sebelum ni sayang pernah pecahkan almari kaca dekat butik papa dengan tangan tanpa luka.â��Ixuna tergelak kecil dengan luahan jujur Eric . Eric terpukau apabila melihat senyuman yang jarang dilihat itu menghiasi pemandangannya.Jiwanya terasa terbang melayang seketika.â��Itu semua bukan perkara yang luar biasa pun Eric.Kalau awak belajar lebih daripada sepuluh jenis seni mempertahankan diri sejak kecil,tak pedulilah awak lelaki ataupun perempuan,Insya-Allah awak takkan merasa hairan dengan kekuatan saya.â�� Ixuna menghela nafas panjang sebelum menyambung bicara.â��Di  luar sana lebih ramai gadis yang memiliki kekuatan luar biasa berbanding saya.Sebagai contoh,Varya Akulova,salah seorang daripada pemegang rekod dunia.Dia mampu mengangkat barang seberat 350 kilogram.Jika diikutkan logik akal seorang gadis berusia 12 tahun dengan berat 40 kilogram takkan mampu melakukan sesuatu seperti itu. Satu contoh lagi,seorang gadis berusia 12 tahun,Olivia Manning dari Liverpool.Institut cerdik pandai antarabangsa mengiktiraf dia sebagai budak yang lebih genius daripada Albert Einstein selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.â��Eric mengangguk-anggukkan kepala.Tangannya masih kejap memeluk pinggang isterinya yang berada dalam celahan kakinya itu.Terasa hangat dalam kedinginan malam.Ixuna pula seperti merelakan dirinya berada dalam posisi sedemikian.â��Ini kerana seperti yang awak cakap tadi,tidak terlihat atau belum pernah dilihat oleh mata bukan beerti sesuatu perkara itu tidak wujud.Kekuatan,kepandaian dan semua kelebihan yang ada pada saya dan semua manusia dalam dunia ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.â�� Ixuna tersenyum di hujung ayatnya begitu juga dengan Eric.Bersyukur dalam hati akan semua kebolehan yang terdapat dalam diri berkat pemberian Ilahi.â��Isteri abang semakin pandai sekarang ini.â�� Eric memuji.â��Sejak bila pulak saya bodoh?â�� Eric terjerit besar sambil menekan perut apabila Ixuna tiba-tiba menyiku perutnya kuat.Isterinya bangun dari tangga dan meninggalkan muka pintu yang terbuka luas.Apabila Eric berpaling ke belakang,ruang tamu kelihatan kosong.Dia mendongkol geram.Tidak sedar yang semua ahli keluarganya sudah masuk tidur sewaktu dia rancak berbual dengan Ixuna tadi.Patutlah Ixuna selamba menyiku perutnya dan berlalu ke bilik tidur.Sabar jelah! Isterinya itu memang langsung tidak memberi dia masa yang panjang untuk bermesraan!â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â��Eric,kita buat pertandingan nak?â�� â��Pertandingan apa pulak?â�� Eric bertanya malas seraya berbaring di bangsal yang dibina bersebelahan dengan Teratak Kasih.Sejak pagi tadi dia berada di kebun getah bersama Ariel kerana dipaksa datuknya untuk membaja getah yang baru ditanam.Ixuna,Reny,Elya dan Jannah tinggal di rumah dan malas ikut sama. Sekarang badannya terasa agak letih dan tidak berdaya.Hendak mengharapkan urutan daripada Ixuna,dia memang tidak sanggup.Bimbang jika tulangnya akan patah dikerjakan gadis itu.â��Pertandingan panjat pokok kelapa.â�� Ixuna senyum teruja seraya bersila di sisi Amir yang berbaring.â��Jangan nak merepek boleh tak? Nak buat apa panjat pokok kelapa?â��â��Saya teringin nak minum air kelapalah.Jomlah Eric,panjat pokok kelapa.â�� Lengan Eric digoncang kuat oleh Ixuna beberapa kali.â��Pergi ambil galah,lepas tu kait jelah.â�� Eric malas melayan kerenah isterinya.Orang tengah penat bukan hendak menawarkan air atau urutan badan.Ada pulak isterinya itu menyuruh dia memanjat pokok kelapa.Tak patut betul!â��Alahai,tak mencabarlah kalau macam tu.Jomlah panjat.â��â��Malaslah sayang,abang penat.â��â��Jomlahâ�¦â��â��Malas.â�� Eric berterusan menolak.â��Jomlah abangâ�¦My lovely hubby.My baby.â�� Eric tersenyum hingga ke telinga apabila mendengar rengekan manja isterinya.Siap panggil baby bagai.Mahu hatinya tidak berbunga-bunga. Eric pantas bangun dari baringnya dan duduk menghadap Ixuna dengan sengihan lebar terhias di bibir.Ixuna tergelak dalam hati.Mudah sangat suaminya ini cair dengan pujukannya.â��Sayang nak buat pertandingan macammana?â�� Eric menunjukkan minat.â��Em,siapa paling cepat panjat pokok kelapa dan jatuhkan lima biji buah kelapa.Dia adalah pemenang.Saya akan set masa dekat bawah pokok.â�� Mudah saja Ixuna meletakkan syarat pertandingan.â��Okey.Kalau abang menang abang nak sayang cium abang setiap malam.â�� Eric mengeyitkan mata nakal dan menyebabkan Ixuna tersipu seketika.Dia cuba menahan debar di dada sebelum mengekori Eric yang bergerak ke arah sebatang pokok kelapa yang terdapat di belakang Teratak Kasih.Sebatang pokok kelapa yang agak tinggi berdiri di hadapan mereka.Kelihatan beberapa biji kelapa bewarna hijau bergayutan nun jauh di atas. Eric selamba menanggalkan seliparnya dan bersedia untuk memanjat.â��Cepat sayang set masa,abang nak mula panjat ni.â�� Ixuna mengangguk-angguk kepala mendengar arahan Eric.Tidak sampai beberapa saat Eric mula memanjat pokok kelapa itu.Mata Ixuna membulat melihat kelincahan suaminya memanjat pokok.Dalam kadar seminit, Eric sudah tiba di puncak pokok dan mula mencabut buah kelapa dari tandannya dengan sebilah parang kecil yang tersemat di pinggang. Eric menjatuhkan buah kelapa itu satu demi satu ke bawah jauh dari kawasan Ixuna berdiri.Khuatir jika buah itu akan menimpa isteri comelnya.Ixuna masih tergamam di bawah.Dia tidak menyangka yang suaminya pandai memanjat pokok.â��Xuna,kamu buat apa dekat sini?â�� Jannah menepuk lembut bahu Ixuna yang kelihatan khusyuk memerhatikan sesuatu di kawasan belakang Teratak Kasih.Dia yang tadinya berada dalam dapur mendapatkan cucu menantunya yang kedengaran berbicara dengan seseorang di kawasan belakang rumah itu.â��Oh,nenek.Tengok tu nek,ada beruk albino panjat pokok kelapa nenek!â�� Ixuna bersuara kuat sambil mengajukan jarinya ke arah Eric yang masih berada di atas pokok.Jannah memerhatikan arah yang ditunjuk Ixuna dan dia terkejut melihat Eric yang berbaju putih dengan seluar jeans putih sedang memetik buah kelapa.â��Ya Allah Eric.Kamu ni dah gila ke apa?! Cepat turun sekarang.Kalau jatuh,patah tulang kamu cu! Gunalah galah kalau nak ambil buah kelapa tu!â�� Jannah terjerit-jerit memanggil nama Eric dan Ixuna ketawa mengekek di sisi wanita itu.Eric yang perasan semua tindak tanduk dan bicara isterinya berasa geram tiba-tiba.Ixuna memang sengaja hendak mempermainkannya! Dia pantas turun daripada pokok dan mendekati isterinya yang masih rancak ketawa itu.â��Amboi,sedapnya mulut sayang cakap abang beruk albino ya? Sayang memang nak kena gigit,sayang tahu tak?!â�� Belum sempat tangan Eric menggapai bahu Ixuna,Ixuna mencicit melarikan diri.Jannah hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat Amir mengejar isterinya di kawasan pokok kelapa itu hinggalah tertangkap.Ixuna ketawa berguling-guling di atas tanah apabila Amir berjaya merangkul dan menggelek perutnya.Jannah tersenyum melihat kelakuan pasangan suami isteri itu dan berlalu masuk ke dalam rumah.Tidak mahu menggangu mood romantik mereka.â��Okey,okey.Saya minta maaf.Jangan geletek saya lagi!â�� Ixuna menahan tangan Eric daripada terus menggeletek perutnya. Eric yang berada di atas tubuh isterinya menyepetkan mata dan dia mendekati wajah isterinya itu.â��Eric awak nak buat apa ni?!â�� Ixuna menggelabah apabila wajah itu semakin menghampiri.Sudahlah dia sedang dikepung oleh tubuh lelaki itu di atas tanah.Terasa seram sejuk tubuhnya ketika itu.Dia memejamkan mata apabila bibir Eric hampir mengenai wajahnya.Takkanlah Eric hendak mengambil kesempatan ke atasnya seperti kali lepas? Dia ingin mengelak.Namun tubuhnya seperti terpaku di atas tanah itu.â��Abang maafkan sayang.Tapi ingat,abang nak hadiah abang setiap malam.â�� Bisikan menggoda Eric di telinga membuatkan jantung Ixuna hampir berhenti berfungsi.Satu kucupan hangat yang singgah di dahinya menyebabkan Ixuna bertambah panar.Apabila dia membuka mata, Eric sudah berdiri dan suaminya itu sempat mengulurkan tangan untuk membantu dia bangun daripada terus berbaring atas tanah.Ixuna terdiam dan wajahnya membahang.Apa yang dia telah lakukan? Mengapa dia duduk diam saja dengan semua tindak tanduk nakal Eric?â��Jom sayang minum air kelapa.Abang tolong kopekkan.â�� Eric memimpin tangan Ixuna dengan senyuman lebar dan sekali lagi Ixuna automatik mengikut saja pimpinan suaminya itu.Mereka berdua mengutip buah kelapa yang dijatuhkan Eric sebentar tadi dan kembali ke bangsal.Tanpa sedar Ixuna menguntum senyuman.Pertama kali dia rasa gembira dan tenang walaupun bajunya kotor dibaluti tanah.Bersama Eric buat dia terlupa tentang Alexâ�¦
P/S: Maaf kalau ada nama �Amir� dalam entry ni or entry sebelum ni.Dalam manuskrip nama Emir Enrique (Eric) telah ditukar kepada Amir Andika�sebab tulah ada terselit nama Amir dalam entry ni.-Saya akan update 2 atau 3 part saja lagi K6BJ dalam blog ini sebelum hold.Hold sbb nak siapkan manuskrip utk terbit~(doa2 cepat siap n manuskrip ini pass untuk terbit.Amin~)-Macam biasa next entry akan up selepas dapat 150 likes seperti kali lepas.TQ sudi bace~

-rajin2,komenlah ye di atas~ love all readers! Thanks~















 •  flag
0 comments
like  • 
Published on May 02, 2013 08:27 • 884 views

No comments have been added yet.



Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but she does have a blog, so here are some recent posts imported from her feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.