Menjelang senja sebuah kereta BMW Z4 mewah bewarna biru gelap memasuki halaman Teratak Kasih kepunyaan Jannah dan suaminya Yahya.
Eric yang sedari tadi sempat berkunjung ke sebuah warung berbual panjang dengan beberapa orang penduduk Kampung Sayang yang dikenalinya tanpa menyedari waktu berputar laju.Kampung Sayang adalah sebuah perkampungan yang terletak di pekan Tanjung Sedili,daerah Kota Tinggi,Johor Bharu.
�Assalammualaikum.� Eric memberi salam sambil menjimbit dua plastik buah-buahan daripada dalam keretanya.Buah-buahan itu dibelinya daripada pekan.
�Waalaikumussalam.Oh,pengantin baru dah sampai.Masuk Eric.�
Eric tersenyum manis apabila dapat menangkap kelibat neneknya yang bernama Jannah dari muka pintu Teratak Kasih.Neneknya itu turun dari tangga dan mendapatkannya.Teratak Kasih adalah sebuah rumah kayu besar yang dibina daripada kayu jati keseluruhannya. Eric pantas mendapatkan Jannah dan mencium tangan neneknya itu.
�Eh,cucu menantu nenek mana?� Jannah meninjau kawasan belakang Eric setelah menyambut huluran buah tangan cucunya.Langsung tidak kelihatan wajah Ixuna di situ.Walhal,dia dimaklumkan oleh Rihanna yang Eric dan Ixuna akan bertandang ke kampungnya untuk beberapa hari.
�Abang tinggalkan kak Xuna dekat mana?� Pertanyaan Elya yang muncul dari jendela Teratak Kasih bersama Reny membuatkan mata Eric membulat.Mengapa pulak Elya dan Reny boleh berada di kampung?
�Apa hal kau orang boleh berada dekat sini? Bila sampai?� Eric bertanya dengan riak cemas.
�Kami sampai dalam dua jam lepas.Ini kan cuti sekolah sebab tulah Reny dengan Elya balik kampung nak jumpa nenek.� Reny menjawab selamba.
Eric mendengus kecil.Ini sudah tentu arahan Puan Sri Rihanna yang mengarahkan dua gadis genit itu meninjau hubungannya dengan Ixuna. Eric bukan tidak kenal perangai neneknya yang satu itu.
�Mana isteri kamu Eric?� Yahya yang turut keluar daripada Teratak Kasih bersalaman dengan cucunya dan turut bertanyakan hal yang sama. Eric menggaru-garu kepala yang tak gatal.Cuba mencipta alasan.
�Xuna terjumpa kawan lama dia dekat kedai Kak Ayu tadi.Dia berborak lama sangat.Jadi Eric tinggal jelah,Xuna kata nanti dia balik sendiri.� Eric memberi alasan yang kedengaran logik.Takkan dia hendak mengaku yang dia telah meninggalkan Ixuna dalam rumah lama ladang getah bersendirian!
�Kamu ni dah gila ke apa? Ada pulak kamu benarkan isteri kamu pulang sendiri dekat kampung yang dia tak pernah pergi ni.Kedai Kak Ayu tu jauh dekat hujung kampung Eric.� Nada Yahya bercakap seperti memarahi cucunya ketika itu.
�Alahai tuk,nanti kawan dia tu hantarlah Xuna balik sini.Kawan dia tu ada kereta.� Eric cuba memenangkan diri sendiri.
�Kamu ni Eric,janganlah bersikap lepas tangan dengan keselamatan isteri kamu.Kamu tak tahu apa yang dah berlaku dekat kampung ni.� Jannah mengeluh panjang apabila mendengar cerita cucunya itu.
�Apa yang berlaku nek?�
�Ada kes samun dan rogol yang berlaku dalam dua minggu lepas.Dalam kampung kita ni pendatang asing banyak sangat.Itu yang menyebabkan jenayah macam tu berlaku.Atuk bimbang dengan cucu menantu atuk.�
Yahya bercerita dan Eric terpempam.Perasaan bimbang yang cuba ditepis sedari tadi datang meluap-luap.Dalam fikirannya mula terbayang perkara yang bukan-bukan.
�Takpelah atuk,nenek. Eric pergi jenguk Ixuna sekejap.� Eric pantas memasuki keretanya kembali dan memecut laju meninggalkan rumah datuk dan neneknya itu dengan hati resah dan gelisah.
Eric menyumpah dalam hati sambil tangannya menghentak stereng.Mengapalah dia boleh dayus sangat untuk meninggalkan Ixuna dekat rumah lama,jauh dalam ladang getah itu hanya kerana dia marah dengan sikap biadab isterinya.
Eric mengetap bibir,memikirkan kemungkinan isteri comelnya berhadapan dengan situasi kecemasan.Jika sesuatu terjadi pada isterinya,dia akan diserang rasa kesal seumur hidup.Inilah akibat mengikut sangat perasaan marah dan mendengar hasutan syaitan. Eric menekan minyak kereta.Mahu sampai ke rumah lama neneknya dengan secepat mungkin.
Jam menunjukkan pukul 7.30 petang apabila Eric tiba di tempat dia meninggalkan Ixuna.Dia melopong dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya.Dengan cahaya senja yang masih berbaki,dia dapat melihat sebuah rumah papan yang dulunya terbiar kini kelihatan cantik kemas.Tiada lagi semak samun atau akar menjalar yang menghiasi persekitaran rumah itu.Seperti ada orang yang baru masuk pindah dan tinggal dalam rumah itu.
�Sayang! Sayang!� Eric menghempas pintu kereta sebelum bergegas mencari bayang isteri comelnya di keliling rumah.Tiada sebarang jawapan daripada Ixuna.Hati Eric mula diserang rasa cemas yang bertalu-talu.Bagaimana jika Ixuna diserang haiwan berbisa seperti ular? Bagaimana jika isterinya.itu bertemu dengan penjenayah yang sanggup melakukan apa saja? Eric sesak nafas memikirkan semua kemungkinan itu.
�Sayang!� Eric masih memanggil.Akhirnya dia berkeputusan untuk masuk ke dalam rumah yang telah dikemas sempurna itu.
Eric menghela nafas lega apabila melihat sesusuk tubuh sedang berteleku di atas sejadah dan sedang berdoa.Di sisi Ixuna kelihatan sebuah lampu suluh terletak di atas lantai. Eric mengeluh panjang.Zalimnya dia meninggalkan Ixuna dalam rumah yang tiada eletrik saat ini.
�Em,baru sampai?� Ixuna berpaling ke belakang dan dapat menangkap seraut wajah Eric yang luar biasa muram.Belum sempat dia menanggalkan telkung, Eric melulu ke arahnya,berlutut dan memeluk tubuhnya erat.Ixuna terpaku.
�Maafkan abang.Abang tak sepatutnya tinggalkan sayang dekat sini.�
Eric bersuara lemah.Menahan rasa sebak yang bertandang di hati.Ixuna dapat merasakan gelora dalam detak jantung lelaki itu.Lama dia memeluk tubuh kecil itu.Bimbang benar apabila Ixuna tidak menyahut panggilannya tadi.Ixuna yang masih tergamam membiarkan tubuhnya berada dalam pelukan lelaki itu.Rasa hangat dan selamat.
�Is okey.Saya tak apa-apa pun.Awak dah solat?�
Ixuna melepaskan pelukan Eric dan memandang tenang seraut wajah itu.Cuba berbuat baik dengan suaminya sendiri seperti permintaan Alex. Eric menggeleng-geleng kepala.
�Pergilah solat dulu.Takut tak sempat nanti.Bawa lampu suluh ni sekali.� Ixuna bersuara dan menepuk lembut bahu suaminya itu.Seperti faham dengan perasaan Eric.Sekali lagi dia tepegun apabila Eric mengucup dahinya lama.
�Tunggu abang ya sayang,abang solat sekejap.�
Eric menyeringai sebelum menuju ke arah bilik air dengan lampu suluh Ixuna.Ixuna menghela nafas panjang.Dia ingin marah dengan kelakuan pemuda itu.Namun marahnya langsung tidak mampu diluahkan.Perasaan yang sangat pelik apabila melihat Eric merenungnya dengan renungan penuh kebimbangan.Sayangkah pemuda itu padanya?
Ixuna menanggalkan telkung dan memasukkannya dalam beg sandang yang dibawa.Sejadah dibiarkan terbentang atas lantai untuk kegunaan Eric.
Rumah lama itu walaupun tidak mempunyai eletrik masih mempunyai sumber air.Oleh itu dia mampu menunaikan solat walaupun dalam keadaan gelap.Mujurlah smart phonenya ada perisian kompas kiblat.Jadi tidak menjadi masalah untuk dia menentukan kiblat di mana pun dia berada.Tambahan lagi dalam beg sandangnya dipenuhi gadjet bercamping.Lampu suluh kecil membantu dia petang itu.
Ixuna terkebil-kebil melihat Eric yang menuju ke arah sejadah dengan wajah yang dibasahi wuduk sebelum menunaikan solat maghrib.
Usai menunaikan solat, Eric dan Ixuna keluar daripada rumah lama itu.Saat hendak memasuki kereta,Ixuna kelihatan melambai-lambai tangannya ke arah seseorang.
�Sayang babai siapa?� Eric bertanya pelik.Setahunya tiada sesiapa di persekitaran rumah itu.
�Kawan...Dia tolong saya kemas rumah ni tadi.�
Ixuna beriak selamba dan masih melambai-lambaikan tangannya. Eric yang mendengar berkerut dahi.Sejak bila pulak isterinya ada kawan di kawasan ladang getah macam ni? Tiba-tiba saja bulu romanya rasa menegak.
�Jomlah sayang.Balik rumah nenek.Dah nak malam ni.� Eric membiarkan hal itu dan mendorong lembut tubuh Ixuna agar masuk ke dalam kereta.Dia menutup pintu kereta dan sekali lagi memerhatikan kawasan sekeliking yang sudah gelap sepenuhnya.Memang tiada sesiapa di situ..
�������Tiba di rumah datuk dan nenek,Ixuna disambut baik oleh Jannah.Oleh kerana saat itu Yahya ingin menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berhampiran, Eric bergegas membersihkan dirinya.Kemudian dia keluar kembali untuk ke masjid bersama datuknya.Dia membiarkan Ixuna tinggal di rumah bersama nenek,Elya dan Reny.Lagipun isterinya itu kelihatan letih kerana telah megemas rumah terbiar tadi.Jadi biarlah Ixuna solat di rumah sahaja.
�Kau orang babai siapa tu?� Eric yang baru pulang dari masjid menyapa Elya dan Reny yang berdiri di jendela dan melambai-lambai tangan ke arah luar.Apabila dia melihat ke halaman rumah itu,tiada pulak sebarang manusia.
�Babai kawan Kak Xuna yang abang bawa tadi.� Elya menjawab tenang.
�Kawan Xuna,siapa?� Eric menuju ke arah dua gadis itu dan sama-sama berdiri di jendela.
�Entah siapa nama dia.Takkanlah abang tak kenal,tadi perempuan tu tumpang kereta abang pergi masjid?� Reny menokok. Eric menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Setahunya hanya dia dan Yahya yang ke masjid dengan kereta.
�Siapa yang kau orang maksudkan ni? Abang tak tahulah.� Eric bersuara bengang.
�Meh sini,cuba abang tengok perempuan tu.�
Berderau darah Eric apabila Elya mengajukan jarinya ke arah luar rumah berhampiran keretanya.Dia menelan liur apabila melihat sekali imbas bayang lembaga putih sedang berlari di situ.Dia tidak salah pandang atau berkhayal ke?
�Em,abang kenal dia tak?�
Reny bertanya lagi dan Eric pantas menggeleng-geleng kepala.Buat beberapa ketika dia asyik memerhatikan kawasan luar melalui jendela yang terbuka luas itu.Apakah sebenarnya makhluk yang dilihatnya tadi?
�Huargh!� Satu lembaga bertelkung putih dengan rambut panjang mengurai menutupi muka tiba-tiba menyergah Eric dari jendela.
�Allahuakhbar!� Eric terjerit kuat.
Eric yang tadinya berdiri terjelepuk jatuh ke atas lantai dengan wajah pucat lesi.Dia hampir tidak bernafas apabila disergah oleh lembaga seperti itu.Matanya membulat memandang lembaga mengerikan yang masih berada di jendela memerhatikannya.
�Astagfirullah-Al azim.Apa yang kau orang buat ni?!�
Teguran Jannah yang datang dari arah dapur menyebabkan tawa Reny dan Elya meledak kuat. Eric terpinga-pinga seketika sebelum dia dapat melihat lembaga tidak berwajah di jendela  menyingkap rambut ke belakang.Ixuna?!â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â�¦â��Xuna,pergilah pujuk Eric tu makan.Kesian dekat dia daripada tadi tak makan.â�� Jannah bersuara lembut ke arah cucu menantunya yang sedang khusyuk menyuap makanan masuk ke dalam mulut.
�Dah ajak tadi nek.Dia kata tak nak makan.� Ixuna menjawab selamba.
�Dia merajuk dengan kamu tu Xuna.Pergilah pujuk dia baik-baik.� Sampuk Yahya pula.
Dia tidak menyangka yang cucu menantunya dengan Elya dan Reny boleh berpakat untuk mengenakan Eric yang baru pulang dari masjid.Mahu Eric tidak bermasam muka dengan isterinya sendiri.Nasib baik Eric tidak pengsan apabila disergah lembaga yang mengerikan daripada jendela.
Jika dia yang berdepan dengan situasi itu,mungkin dia akan diserang sakit jantung.Perangai macam budak-budak sahaja cucu menantunya itu.Namun dia tidak kisah.Cukup seminggu mengenali Ixuna sewaktu bertandang ke Vila Oracle kali lepas,Yahya dapat menilai keperibadian gadis comel itu.
�Baiklah atuk,nenek.� Ixuna sentiasa mendengar kata.Dia menyudahkan suapannya dan membasuh tangan dan pinggan di singki.Dengan perlahan Ixuna menapak masuk ke dalam bilik tidurnya sepanjang dia dan Eric menginap di rumah itu.Apabila pintu terbuka Ixuna dapat melihat Eric menjelingnya sekilas sebelum suaminya itu berteleku atas sejadah dengan sebuah Al-Quran.Ixuna mengukir senyuman. Eric memang begini.Bila dia marah,pasti dia akan mengaji.Satu sikap yang sangat disukai Ixuna.
�Awak nak mengaji ke?� Belum sempat Eric memulakan bacaan,Ixuna duduk berselimpuh disisinya.Langsung tidak terpamer wajah bersalah pada seraut wajah comel itu.Sakit betul hati Eric yang melihat.
�Eh taklah,nak menyanyi.Sebab tulah menghadap Al-Quran ni.� Eric mendengus kecil sebelum menyelak lembaran Al-Quran yang ingin dibacanya.Ixuna masih terkebil-kebil memerhatikan tindak tanduknya.
�Yang awak tengok saya macam tu kenapa? Tak pernah tengok orang mengaji? Awak tak pandai mengaji?� Eric tidak jadi membaca Al-Quran apabila sepasang mata bundar milik Ixuna berterusan memandangnya.Bila angin dia tidak baik,gelaran sayang untuk Ixuna dilupakan seketika.
�Saya memang tak pandai mengaji.� Jawapan ikhlas Ixuna menyebabkan Eric terkejut kecil.
�Jangan nak tipu,habis macammana awak boleh solat?�
�Saya cuma menghafal beberapa buah surah yang pernah diajarkan papa untuk solat.Yang lain-lain saya tak tahu.� Ixuna bertutur perlahan.
�Bagaimana dengan maksud semua surah tu,ayat-ayat yang awak baca dalam solat,awak tahu tak?� Eric bertanya serius.
Apabila Ixuna menggeleng kepala dia beristigfar kecil.Nampaknya,banyak perkara yang perlu diajar kepada isterinya yang comel itu.Perasaan marahnya hilang begitu saja.
�Kalau tak keberatan,saya harap awak boleh ajar saya mengaji.Saya teringin hendak membaca Al-Quran tapi saya tak pandai.�
Eric tersentak kecil mendengar bicara isterinya itu.
�Sudah tentu sayang.Abang akan ajar.Sayang pergi ambil wuduk,lepas tu pakai telkung dan duduk dekat sisi abang.� Eric mengarah dan Ixuna mengikut semua arahan suaminya itu.Tidak sampai sepuluh minit dia duduk bertentangan dengan Eric.
�Em,sekarang,abang nak dengar bacaan semua surah yang sayang dah hafal tu.Abang nak betulkan jika ada kesalahan.�
Ixuna senyum teruja sebelum memulakan bacaan surah-surah yang dihafalnya dalam kepala. Eric mendengar dengan tekun dan sekali sekala dia membetulkan tajwid dan harakat yang salah dibaca Ixuna.Jauh dalam hati Eric memuji keindahan suara isterinya mengalunkan ayat-ayat suci itu.Walaupun Ixuna kata dia tidak pandai mengaji,dia masih mampu membaca surah-surah itu dengan baik.Sejuk hati Eric mendengarnya.
�Mulai hari ini,abang nak sayang hafal maksud surah-surah yang sayang dah hafal tu melaui Al-Quran yang ada terjemahan bahasa melayu.Bila sayang tahu makna surah-surah yang sayang baca tu barulah solat sayang lebih khusyuk.�
Ixuna angguk-angguk kepala.Faham dengan maksud suaminya itu. Eric bangun dari duduk dan menuju ke rak buku yang terdapat dalam bilik itu.Dia menggapai sebuah mukadam dan duduk kembali berhadapan dengan Ixuna.
�Disebabkan sayang memang tak tahu satu apa pun pasal tulisan jawi,abang akan mula mengajar sayang cara membaca mukadam.�
Eric rasa itulah tindakan yang terbaik untuk mengajar isterinya agar pandai mengaji kelak.Tanggungjawab dia untuk membimbing Ixuna tidak boleh diabaikan begitu sahaja.â�¦â�¦â�¦â�¦..Ixuna kelihatan terkumat kamit membaca  sesuatu tanpa bunyi sambil menemani Eric makan di dapur.Saat itu semua orang telah dibuai mimpi.Hampir dua jam mengajar Ixuna membaca mukadam,perut Eric berbunyi minta diisi.Tadi merajuk punya pasal dia rela tidak makan.Sekarang hatinya agak berbunga melihat isterinya berbaik hati ingin menemani dia makan.
�Sayang,maaf abang bertanya.Mengapa sayang boleh tak faham bahasa jawi sedangkan sayang adalah pelajar pintar masa dekat sekolah dulu?� Eric bertanya lembut.
Setahunya mengikut cerita nenek,Ixuna berkebolehan berbahasa dan menulis lebih daripada lima bahasa.Gadis itu boleh dikatakan pandai serba serbi dalam semua bidang yang diceburinya.Sewaktu bersekolah di London,Ixuna dapat menyambung ijazah seawal umur 20 tahun kerana prestasi akademik yang sangat membanggakan.
�Saya agak jahil Eric.Dulu,saya tak pernah fikir yang semua ilmu ni penting.Saya anggap ilmu agama remeh dan saya abaikan semuanya.Saya lebih fokus mengejar kekayaan dunia.Baru sekarang saya sedar ilmu yang saya anggap remeh itu adalah ilmu yang menjamin kehidupan saya di akhirat kelak.�
Ixuna menundukkan kepala dan bersuara hambar.Terselit satu penyesalan dalam hatinya.Begitu banyak bahasa yang dia pelajari tetapi bahasa arab yang suci itu dan termaktub dalam Al-Quran dia lihat seperti tidak beguna.Baru sekarang dia menyedari kesilapan penilaiannya.Dia tidak malu mengaku hal itu di hadapan Eric yang bakal mengajar dia untuk mendalami ilmu agama. Eric jenis lelaki yang memahami.
�Takpe sayang.Jangan malu untuk belajar walaupun agak terlambat berbanding dengan langsung tidak mahu belajar ilmu untuk dekat dengan pencipta kita.Abang akan ajar sayang selagi abang mampu.� Eric bersungguh dan Ixuna tersenyum ceria.Senang hatinya melihat senyuman manis itu.Kini,Ixuna kelihatan sedikit lembut untuk melayannya.Gadis itu sudah tidak berkau dan beraku lagi sewaktu berbicara dengannya.
Selesai makan, Eric dan Ixuna masuk ke dalam bilik tidur,Ixuna menyambung hafalan mukadamnya dan Eric duduk seketika sebelum berbaring atas katil.Letih segala urat sendinya hari itu.Baru sekarang dia dapat berehat.
�Sayang,sampai hati sayang takutkan abang tadi ya?� Eric bertanya apabila Ixuna turut naik atas katil dan berbaring di sisi.
�Saya sengaja hendak menguji awak.Ingatkan suami saya seorang yang berani.Rupa-rupanya hampeh.Baru kena sergah sikit muka tu dah pucat membiru.Nasib baik tak pengsan,kalau tak dah lama saya hantar awak ke hospital.� Ixuna menjawab selamba seraya mengukir senyuman mengejek.
Sebenarnya dia saja hendak membalas kembali perbuatan Eric yang memandai meninggalkannya di rumah lama bersendirian.Bukan dia tidak tahu niat Eric untuk menakutkannya.Namun,dia betul-betul tidak menyangka yang Eric boleh terkejut dengan lakonan hantunya.Dia tersengih sendirian apabila membayangkan wajah takut Eric sewaktu disergah tadi.Harap badan je sasa,baru nampak hantu dan bergolek ke lantai.Lawak betul!
Eric mengetap bibir menahan geram.Boleh pulak Ixuna selamba mengatanya seperti itu.Memang sengaja nak cari pasallah ni..
�Argh! Sakit! Sakit��
Ixuna yang sedang menghafal berkerut dahi apabila Eric tiba-tiba mengerang kesakitan.Apabila dia berpaling ke sisi,tiada pula tanda-tanda Eric itu sedang sakit perut atau seumpamanya.Suaminya itu tersenyum sendirian dan berterusan mengerang kesakitan.
�Awak ni dah kenapa? Nak mampus ke? Tiba-tiba je cakap sakit,sakit.Apa hal?� Ixuna bertanya bengang.�Takde apa hal.Suka hati abanglah nak cakap apa pun.�
Eric tidak mempedulikan pertanyaan dan dengusan meliat Ixuna.Dia mengukir senyuman jahat.Dia pasti dapat membalas perbuatan Ixuna keesokan harinya.Tunggu sajalah�Isteri comelnya itu perlu diberi pengajaran agar jangan nakal sangat!
P/S:100 LIKE 4 NEXT ENTRY.TQ.
 •  flag
0 comments
like  • 
Published on March 11, 2013 23:28 • 438 views

No comments have been added yet.



Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but she does have a blog, so here are some recent posts imported from her feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.