Abdul Latip Talib's Blog, page 8

December 25, 2011

Kampung Barla terletak di atas lereng bukit di tepi barat Tasik Egridir. Terdapat sebuah sungai kecil bernama Sungai Barla. Kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau yang tinggi mencuar. Barla terkenal dengan tempat-tempat yang indah, antara yang paling terkenal Cham Daglar.

Di Barla Badiuzzaman Said Nursi tinggal di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Rumah itu mempunyai dua bilik dan kedudukannya terpencil. Di hadapan rumah itu ada pokok Chinar yang rendang daunnya, menjadi tempat bermalam burung-burung.

Salah seorang penuntut setianya bernama Mustafa Jawish, seorang tukang rumah dan merupakan murid pertama Badiuzzaman Said Nursi di Barla, telah membina sebuah pelantar di atas pokok Chinar. Di situlah Badiuzzaman Said Nursi banyak menghabiskan dengan mengarang Rasalah an-Nur.

Badiuzzaman Said Nursi memasak sendiri makanannya. Kadangkala Saniah dan Nafiah anak Muhajir Hafiz Ahmad menghantar sup dan beliau membayar kepada dua kanak-kanak perempuan itu 10 kurush.

Ketika itu Mustafa Kamal Ataturk telah mengeluarkan larangan memakai jubah dan serban, azan dalam bahasa Turki, wanita disuruh memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan masjid ditutup. Badiuzzaman Said Nursi menentang larangan tersebut dan tidak mematuhinya. Bagi menyedarkan orang ramai beliau mengajar al Quran dan menulis Risalah An Nur.

Selama lapan tahun setengah di Barla Badiuzzaman Said Nursi telah menulis lebih separuh dari kandungan Risala an nur.Pada peringkat awalnya dinamakan 'Sozler' (Kalimah), tetapi kemudiannya ditukar kepada "Risalah an NUr".

Dari hari kesehari, bilangan pelajarnya semakin bertambah. Dan Risalah An Nur mula tersebar ke Istanbul dan Anqarah.







1 like ·   •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 25, 2011 05:55 • 48 views

December 22, 2011


Ya Baqi Anta al Baqi

Itulah ucapan Badiuzzaman Said Nursi setiap kali menyendiri di Tasik Barla. Beliau dibuang ke tempat yang terpencil itu tiga hari sebelum menyambut hari Raya Aidil Fitri. Dengan sengaja beliau dibuang ke situ supaya menjadi gila atau meninggal dunia.

Hatinya sedih apabila mendapat khabar Abdul Rahman, anak saudara yang paling rapat dengannya meninggal dunia dan bertambah sedih apabila mendapat berita ibunya pula meninggal dunia beberapa hari kemudiannya.

Perginya Abdul Rahman dirasakannya hilang separuh dunia dan pemergian ibunya dirasakan hilang separuh lagi. Beliau sering menyendiri lalu bertafakur sambil mengucapkan Ya Baqi Anta al Baqi…

Kehidupan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi di Barla ini cukup terasing. Kawalan yang begitu ketat dikenakan terhadapnya. Hubungannya dengan masyarakat Barla tersekat. Beliau sengaja diberi layanan sebegitu buruk untuk melemahkan semangat juangnya, tetapi tekanan ini dihadapinya dengan sabar. Bahkan, tempat inilah yang menjadi markas pertama Badiuzzaman Said Nursi dalam perjuangannya menyelamatkan iman masyarakat Islam Turki.



2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 22, 2011 02:53 • 75 views

Novel Mustafa Kamal Ataturk telah diulangcetak dengan gambar baru.

Tawaran Harian Bookcafe : Diskaun 25% bagi buku Mustafa Kamal Attaturk (Kaver Baru).

Rujuk http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/tawaran-harian/


 •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 22, 2011 02:50 • 43 views

December 20, 2011


Semasa berada di penjara Denzili Badiuzzaman Said Nursi dikunjungi seorang wanita bernama Aishah Hanim isteri kepada Gabenor Penjara Kastamonu. Beliau menyerahkan sehelai jubah tetapi Badiuzzaman Said Nursi menolaknya.

"Bapa saya menerima jubah ini daripada Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi seorang ulama terkenal dengan nama Asik Kucuk," pujuk Aishah.

Menurutnya, Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi, berasal dari Afyon telah merantau ke Baghdad untuk belajar dengan Maulana Khalid Bagdadi. Setelah tamat pengajian, gurunya memberi sehelai jubah sebagai hadiah. Kemudian jubah itu diserahkan kepada bapa Aishah Hanim sebelum Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi pergi ke Mesir dan meninggal dunia di sana. Keluarga Aishah telah memelihara jubah itu dengan baik.

Kata Aishah lagi, apabila suaminya di hantar bertugas ke Kastamonu sebagai Gabenor Penjara, Aishah Hanim merasakan sudah tiba masanya jubah itu diberikan kepada orang yang paling layak memakainya. Kerana itu beliau mahu menyerahkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi.

Semasa Badiuzzaman Said Nursi berumur 15 tahun pernah disuruh memakai jubah dan serban tetapi dia enggan kerana merasakan dirinya masih terlaku muda untuk memakai pakaian ulama.

Ketika di penjara Denzili umurnya sudah 56 tahun. Akhirnya terbuka hatinya menerima jubah yang berusia ratusan tahun itu…


1 like ·   •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 20, 2011 15:55 • 66 views

Dalam sejarah Islam antara peperangan besar yang disertai Nabi Muhamad saw ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Khaibar.

Empat perang tersebut menyaksikan bagaimana kehebatan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw bertempur dalam Perang Badar sehingga dibantu oleh seribu malaikat. Perang Uhud yang menyaksikan akibat engkar perintah Rasulullah saw tentera Islam hampir dimusnahkan. Perang Khandak menyaksikan kehebatan strategi pertahanan dan perisikan pahlawan Islam dan Perang Khaibar menyaksikan kubu kuat Yahudi dapat ditawan setelah berlaku pertempuran yang sengit.

Empat kisah perang tersebut disatukan dalam sebuah buku dengan harganya RM 55.00 /RM 58.00

Dan buku ini sudah diulangcetak.


1 like ·   •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 20, 2011 15:46 • 25 views

December 19, 2011


Ada yang tidak setuju apabila kisah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali itu di jadikan novel kerana di dalamnya ada dialog-dialog. Sahabat-sahabat Rasulullah saw itu paling tinggi darjatnya dan kata-kata mereka seolah-olah hadis. Kerana itu tidak boleh didialogkan. Begitu hujah mereka. Dan mereka lebih marah jika kisah Nabi Muhammad itu di kreatifkan.

Tidak tahu pula pandangan mereka apabila Deepak Chopra seorang Non Muslim menulis "Muhammad A Story of The Last Prophet" yang juga disampaikan dengan gaya penulisan kreatif. Sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2010, tidak ada pula yang membantahnya. Malah buku tersebut mendapat sambutan.

Penulis yang bertanggung jawab, tidak kiralah apa agamanya, tidak akan menulis sesuka hatinya. Apatah lagi jika menulis kisah tokoh yang begitu agung. Pastilah sebelum menulisnya dibuat kajian, rujukan dan membaca banyak buku dan bahan mengenai tokoh tersebut.

Antara yang setuju dengan tidak setuju ramai lagi yang bersetuju. Ramai yang mengatakan apabila dinovelkan dapat membantu mereka memahami kisah sejarah dan mengenali sifat-sifat mulia tokoh tersebut.

Kisah empat tokoh tersebut telah dijadikan sebuah buku yang berkulit tebal. Dan buku ini berada dalam senarai yang ramai pembacanya dan laris jualannya.




2 likes ·   •  1 comment  •  flag
Twitter icon
Published on December 19, 2011 16:17 • 69 views

Novel sejarah Islam yang diterbitkan PTS terus melangkah ke hadapan apabila diusahakan menterjemahkannya ke Bahasa Inggeris. Usaha tersebut sedang dijalankan oleh Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan Puan Hayati Edward yang menterjemahkan Umar al Khattab Reformis Islam.

Apabila sudah siap nanti pastilah pembacanya semakin ramai. Rakan-rakan di Turki yang kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris sudah mula bertanya bila novel tersebut boleh dapat mereka baca.




 •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 19, 2011 00:01 • 34 views

December 18, 2011


Dia bapa sekularisme Turki yang berkuasa selama 30 tahun. Dia lelaki yang dengan bangganya memusnahkan Institusi Khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Dan dia lelaki yang menderita dengan pelbagai penyakit misteri sebelum mati. Dia lelaki yang tidak dikebumikan. Mayatnya disimpan dalam keranda besi kemudian diletakkan dalam satu bangunan marmar yang terletak di sebuah bukit dibiarkan menjadi tontonan orang ramai.

Novel ini diulangcetak dengan kaver baru yang lebih menggerunkan. Sejak terbit pada bulan September buku ini berada dalam senarai terlaris (Portal PTS) September, Oktober dan November 2011.




 •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 18, 2011 23:56 • 33 views

December 16, 2011

Saad Abu Waqas bercerita. "Sebelum masuk Islam, aku bermimpi tenggelam dalam kegelapan. Tiba-tiba kulihat bulan memancarkan cahaya. Aku melihat tiga orang berdiri di hadapanku. Mereka itu ialah Zaid bin Harith, Ali bin Abu Talib dan Abu Bakar As-Shiddiq.

Setelah hari siang, aku didatangi tiga lelaki tersebut yang mengatakan Muhamad diangkat menajdi Pesuruh Allah. Yakinlah aku, sesungguhnya Allah SWT menghendaki kebaikan bagi diriku, dan dengan Islam Allah akan mengeluarkanku dari kegelapan kepada cahaya terang. Aku segera bertemu Rasulullah lalu menyatakan masuk Islam di hadapan beliau. Belum ada orang mendahuluiku masuk Islam, selain mereka bertiga seperti yang terlihat dalam mimpiku

Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah lalu berkata "Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapamu? Engkau mesti meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya

Ibuku benar-benar tidak makan dan minum sehingga tubuhnya lemah tidak bermaya. Aku memujuknya supaya makan dan minum walaupun sedikit. Tetapi ibuku memang berkeras dan bersumpah tidak makan sampai mati, kecuali aku meninggalkan agama Islam

Aku berkata kepada ibuku "Wahai Ibu! Sesungguhnya saya sangat mencintai ibu. Tetapi saya lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu untuk memaksaku keluar dari agamaku sungguh aku tidak akan meninggalkan agamaku

Setelah Saad Abu Waqas masuk Islam, beliau berjasa terhadap agama yang baru dianutinya. Dalam perang Badar, beliau ikut berperang bersama adiknya Umair. Ketika itu Umair masih muda belum mencapai usia balig. Selepasai Perang Badar, Saad kembali ke Madinah seorang diri kerana adiknya Umair syahid

Semasa Perang Uhud Saad Abu Waqas menjadikan badannya sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah dari terkena senjata musuh. Baginda berkata kepada Saad. "Kutebus dengan ayah dan ibuku. Lepaskan panah. Lepaskan panah. Wahai pemuda yang kuat. Ya Allah tepatkan panahnya dan kabulkan doanya

Tidak satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasarannya.Saad Abu Waqas sangat bangga sepanjang hidupnya dengan ucapan Rasulullah itu, sehingga pernah dia berkata

Tidak pernah Rasulullah mengucapkan kepada seseorang, mempertaruhkan kedua ibu bapanya, melainkan hanya kepadaku seorang

Puncak kejayaan Saad Abu Waqas apabila Khalifah Umar Al-KhattabMelantiknya menjadi panglima angkatan perang ke Iraq. Sewaktu angkatan perang yang besar itu hendak berangkat, Khalifah Umar memberi amanat kepada Saad

Katanya, "Hai Saad! Janganlah engkau terpesona, sekalipun engkau bapa saudara Rasulullah. Sesunggunya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Hai, Saad! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Segenap manusia sama di sisi Allah, baik dia bangsawan atau rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hambaNya. Mereka berlebih berkurang karena taqwa, dan memperoleh karnia dari Allah karena taat. Perhatikanlah cara Rasulullah, yang engkau telah mengetahuinya, maka tetaplah ikuti cara beliau itu

Maka berangkatlah pasukan yang diberkati Allah itu menuju sasaran. Di dalamnya terdapat 99 orang alumni pahlawan perang badar, lebih kurang 319 orang para shahabat yang tergolong dalam baiatur ridlwan, 300 orang pahlawan yang ikut dalam penaklukan Makkah bersama-sama Rasulullah SAW, 700 orang putra-putra shahabat, dan pejuang-pejuang muslim lainnya (yang keseluruhan berjumlah 30.000 orang)

Sampai di Qadisiyah, Saad menyiagakan seluruh pasukannya dan bertempur hebat. Pada hari itu sebagai hr yang menentukan. Mereka mengepung musuh dengan ketat, lalu maju ke depan dari segala arah, sambil membaca takbir

alam pertempuran itu, kepala Rustam, panglima tentara Persia, berpisah dengan tubuhnya oleh lembing kaum muslimin. Maka merasuklah rasa takut dan gentar ke dalam hati musuh-musuh Allah

Sehingga dengan mudah kaum muslimin menghadapi para prajurit Persia dan membunuh mereka. Bahkan kadang-kadang mereka membunuh dengan senjata musuh itu sendiri

Saad Abu Waqas pernah dicalunkan namanya sebagai khalifah tetapi ditolaknya. Beliua dilantik menjadi gabenor pada zaman khalifah Uthman Affan dan pergi ke Cina berdakwah

Saad bin Abi Waqas dikaruniai Allah usia lanjut. Dia dicukupi kekayaan yang lumayan. Tetapi ketika wafat telah mendekatinya, dia hanya meminta sehelai jubah usang. Katanya, "Kafani aku dengan jubah ini. Dia kudapatkan dari seorang musyrik dalam perang badar. Aku ingin menemui Allah dengan jubah itu

Beliau dikebumikan di perkuburan Baqik yang letaknya berhampiran dengan Masjid Nabi...


 •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 16, 2011 00:02 • 102 views

December 9, 2011

Pesta Buku Popular
Tarikh: 25 Nov - 11 Dec • 12.00pm - 7.00pm
Tempat: Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan

Jadual saya pada hari penutup 11 Dec
Masa: jam 2 - 4 Petang
Sesi bertemu peminat dan bicara buku

1.Pendekar Siamang Gagap
2. Mustafa Kamal Ataturk.








 •  0 comments  •  flag
Twitter icon
Published on December 09, 2011 07:51 • 69 views

Abdul Latip Talib's Blog

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author (yet), but he does have a blog, so here are some recent posts imported from his feed.
Follow Abdul Latip Talib's blog with rss.